Connect with us

Terkini

Pengilang enggan bungkus beras tempatan kerana untung sikit – Dr Akmal

Isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras import di pasaran bertambah kritikal apabila terdapat segelintir pengilang tidak bertanggungjawab enggan memproses beras tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Pengilang enggan bungkus beras tempatan kerana untung sikit - Dr Akmal
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
  • Isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras import di pasaran bertambah kritikal apabila terdapat segelintir pengilang tidak bertanggungjawab enggan memproses beras tempatan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengakui, situasi itu turut berlaku di negeri ini yang mana pengilang terlibat memberikan alasan mereka menanggung kerugian.
  • “Saya sanggah alasan itu bukan rugi, cuma keuntungan daripada beras tempatan ini sedikit berbanding kalau mereka proses dan pasarkan beras import yang harganya tidak dikawal kerajaan. Ini semua alasan, kita boleh ambil tindakan batalkan lesen mereka dan berikan kepada kilang yang mahu membungkus beras tempatan,” katanya.

MELAKA: Isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras import di pasaran bertambah kritikal apabila terdapat segelintir pengilang tidak bertanggungjawab enggan memproses beras tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengakui, situasi itu turut berlaku di negeri ini yang mana pengilang terlibat memberikan alasan mereka menanggung kerugian.

Beliau berkata, alasan itu tidak munasabah dan dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan di atas tekanan yang sedang dihadapi rakyat, sedangkan bekalan beras tempatan telah disalurkan untuk diproses dan diedarkan kepada pengguna.

“Kita lakukan pemeriksaan di dua buah kilang baru-baru ini, satu kilang ikut prosedur ditetapkan manakala satu lagi kilang tidak mahu proses beras tempatan dengan alasan menanggung kerugian.

“Saya sanggah alasan itu bukan rugi, cuma keuntungan daripada beras tempatan ini sedikit berbanding kalau mereka proses dan pasarkan beras import yang harganya tidak dikawal kerajaan. Ini semua alasan, kita boleh ambil tindakan batalkan lesen mereka dan berikan kepada kilang yang mahu membungkus beras tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, jurang harga begitu ketara antara beras tempatan dengan beras import menyebabkan segelintir pembekal dan peruncit tidak berminat memasarkan makanan ruji berkenaan, sehingga mencetuskan kekurangan bekalan yang sedang dialami di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan, Khalil Ahmad berkata, ini kerana bagi sekampit beras tempatan dengan berat 10 kilogram (kg) yang dijual pada harga RM26, mereka hanya memperoleh kadar keuntungan sekitar 50 sen.

Katanya, situasi itu membuatkan pemborong dan peruncit lebih berminat memasarkan beras import yang harganya jauh lebih tinggi pada waktu ini.

Tambah Muhamad Akmal, bermula minggu ini, rakyat Melaka boleh membuat pembelian beras tempatan 10kg di kesemua 28 kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) pada setiap Sabtu atau Ahad.

“Insya-Allah kita akan adakan jualan beras tempatan yang kita akan berikan pada setiap Japerun. Ia akan berlaku serentak, maknanya kalau dekat Merlimau, dekat Klebang, dekat Tangga Batu akan ada. RM26 untuk 10kg,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending