Connect with us

Antarabangsa

Lubang baharu lapisan ozon ditemui, separuh populasi bumi risiko kanser kulit

Lubang tersebut terletak di kawasan yang membentuk separuh kawasan permukaan bumi dan menempatkan separuh daripada populasi dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Lapisan ozon
Gambar sekadar hiasan.
  • Saintis mengesan lubang baharu di lapisan ozon bumi.
  • Kira-kira separuh penduduk planet ini dalam risiko kanser kulit, demikian menurut laporan jurnal AIP Advances.
  • Lubang ozon itu tujuh kali lebih besar dari lubang ozon ditemui di Antartika sebelum ini.
  • Ia boleh menyebabkan tahap sinaran ultra ungu (UV) yang lebih tinggi.

WASHINGTON – Saintis mendakwa terdapat lubang baharu di lapisan ozon bumi dikesan sekali gus meletakkan kira-kira separuh penduduk planet ini berada dalam bahaya kerana berisiko menghidap penyakit kanser kulit, menurut laporan jurnal AIP Advances baru-baru ini.

Lubang itu tujuh kali lebih besar daripada sebuah lagi lubang ozon yang ditemui di Antartika sebelum ini.

Ia wujud sepanjang tahun dan terbentuk sejak tahun 1980-an lagi.

Lubang tersebut terletak di kawasan yang membentuk separuh kawasan permukaan bumi dan menempatkan separuh daripada populasi dunia.

Qing-Bin Lu, seorang saintis dari Universiti Waterloo di Ontario, Kanada, mendedahkan lubang itu mengejutkan saintis lain kerana ia tidak ditunjukkan pada pemodelan yang digunakan oleh kebanyakan penyelidik.

Penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan tahap sinaran ultra ungu (UV) yang lebih tinggi sampai ke permukaan bumi yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit dan katarak pada manusia selain melemahkan sistem imun serta memusnahkan pertanian.

“Kewujudan lubang ozon mungkin menimbulkan kebimbangan global yang besar.

“Penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan peningkatan sinaran UV yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit dan katarak pada manusia, melemahkan sistem imun manusia, mengurangkan produktiviti pertanian, memberi kesan negatif kepada organisma akuatik serta ekosistem yang sensitif,” ujar Lu. – Agensi

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending