Antarabangsa
Perarakan ‘Pride’ di Turkiye ancam keselamatan, 30 ditahan
Lebih 30 aktivis LGBT ditahan di ibu negara Ankara kerana ingkar larangan perarakan ‘Pride’ oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan, demikian laporan Metro UK.

- Lebih 30 orang aktivis LGBT ditahan semasa perarakan ‘Pride’ di Turkiye kelmarin.
- Tindakan diambil pihak berkuasa atas faktor menjaga keselamatan penduduk setempat.
Sekumpulan umat Islam di negara itu adakan demonstrasi menolak sambutan itu. - Turkiye membenarkan perarakan ‘Pride’ sejak 2003, tetapi larangan pihak berkuasa itu adalah atas faktor keselamatan.
- Tahun lalu, Presiden Reccep Tayyip Erdoğan memuji ahli belia parti AK iaitu parti politik terbesar dalam badan perundangan Turkiye kerana membawa sejarah kegemilangan negara dan tidak tergolong dalam komuniti LGBT.
TURKIYE – Lebih 30 aktivis LGBT ditahan di ibu negara Ankara kerana ingkar larangan perarakan ‘Pride’ oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan, demikian laporan Metro UK.
Mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada 50 orang yang memegang bendera pelangi dan berarak ke arah taman utama sebagai tanda penutup bulan sambutan bulan ‘Pride’.
Memetik laporan Reuters, wartawan agensi berita itu dilaporkan melihat pegawai keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan penyembur lada bagi menghentikan pihak yang ingkar kepada arahan, sebelum menggari mereka lalu mengheret masuk ke dalam bas.
Sementara itu, sekumpulan umat Islam di negara itu mengadakan demonstrasi menolak sambutan itu memandangkan hubungan sejenis adalah haram dalam ajaran Islam.
Turkiye membenarkan perarakan ‘Pride’ itu sejak 2003, tetapi larangan pihak berkuasa itu adalah atas faktor keselamatan.
Tahun lalu, Presiden Reccep Tayyip Erdoğan memuji ahli belia parti AK iaitu parti politik terbesar dalam badan perundangan negara Turkiye kerana membawa sejarah kegemilangan negara dan tidak tergolong dalam komuniti LGBT.
Lebih 300 peserta dan wartawan yang membuat liputan ditahan. Kebanyakan mereka dibebaskan selepas semalaman dalam tahanan.
Menurut Human Rights Watch, jumlah tangkapan adalah tiga kali ganda jumlah semasa gabungan tujuh perarakan Istanbul Pride sebelumnya.
(Sumber: Metro UK)
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah