Terkini
Bayi lelaki, perempuan lahir pada 2022 dijangka hidup selama 73.4 tahun
Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.

- Statistik jangkaan hayat mencatatkan penurunan sejak 2020 disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19, lapor statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022.
- Bayi lelaki dan perempuan lahir pada 2022 dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas
- Golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.
- Lelaki dan perempuan berusia 15 tahun pada 2022 dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.
- Lelaki dan perempuan berusia 65 tahun pada 2022 dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun.
KUALA LUMPUR – Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Menurut jabatan itu, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19.
Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.
“Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022),” menurut jabatan itu.
Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, masing-masing dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.
Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia mereka sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).
“Lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun,” menurut Jabatan Perangkaan.
Jabatan itu memaklumkan, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.
Enam negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional (73.4 tahun) adalah Selangor dengan 75.2 tahun, Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.
Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah tahun ini. – Bernama
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa4 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah