Antarabangsa
Profesor cadang upacara bunuh diri tangani jumlah warga tua di Jepun
Seorang profesor Universiti Yale telah mencetuskan kemarahan dengan mencadangkan satu-satunya cara untuk menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua adalah dengan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri.
- Penolong profesor ekonomi Universiti Yale, Yusuke Narita telah mencadangkan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri bagi menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua.
- Dia mencadangkan perkara itu dalam program berita pada 2021, dan tampil mempertahankan cadangan itu menerusi profil New York Times hujung minggu lalu.
- “Saya rasa ada satu-satunya penyelesaian yang cukup jelas… Akhirnya, bukankah ia membunuh diri beramai-ramai dan orang tua menjalani ‘seppuku’ beramai-ramai?” – Yusuke Narita.
- Seppuku, atau lebih dikenali sebagai ‘harakiri’ ialah upacara menikam perut sendiri yang dipaksakan kepada samurai yang telah membawa kehinaan kepada diri mereka sendiri pada abad ke-19 di Jepun.
Seorang profesor Universiti Yale telah mencetuskan kemarahan dengan mencadangkan satu-satunya cara untuk menangani jumlah penduduk Jepun yang semakin tua adalah dengan membunuh diri secara besar-besaran dan menikam perut sendiri.
Memetik laporan Daily Mail, penolong profesor ekonomi universiti itu, Yusuke Narita mempertahankan pandangannya itu dalam profil New York Times hujung minggu lalu selepas dia membuat kenyataan dalam program berita pada 2021.
“Saya rasa ada satu-satunya penyelesaian yang cukup jelas.
“Akhirnya, bukankah ia membunuh diri beramai-ramai dan orang tua menjalani ‘seppuku’ beramai-ramai?”
Seppuku, atau lebih dikenali sebagai ‘harakiri’ ialah upacara menikam perut sendiri yang dipaksakan kepada samurai yang telah membawa kehinaan kepada diri mereka sendiri pada abad ke-19 di Jepun.
Narita mendakwa yang cadangan ini akan memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih perniagaan, politik dan hal-hal lain yang enggan dilepaskan oleh generasi tua.
Cadangannya bukan sahaja mencetuskan kemarahan orang ramai, malah menjadikannya lebih terkenal dengan lebih 569,000 pengikut Twitter.
Narita juga memberitahu Times bahawa dia “khuatir dengan fenomena di Jepun, di mana taikun yang sama terus menguasai dunia politik, industri tradisional, dan media/hiburan/kewartawanan selama bertahun-tahun.”
Dia mengakui yang kata-katanya yang dimaksudkan sebagai perumpamaan itu agak kasar, dan dia mula berhati-hati dengan kata-katanya sejak itu.
“Saya sepatutnya lebih berhati-hati tentang potensi konotasi negatif mereka,” kata Narita.
“Selepas muhasabah diri, saya berhenti menggunakan perkataan itu tahun lepas.”
Bagaimanapun, dia tidak bersendirian. Salah seorang figura utama dalam Parti Liberal Demokratik negara itu juga pernah mencadangkan agar orang tua perlu ‘cepat mati’.
Sumber: Daily Mail
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh