Connect with us

Antarabangsa

Populasi umat Islam seluruh dunia dijangka cecah 2.01 bilion tahun ini

Populasi orang Islam seluruh dunia dijangka mencecah 2.01 bilion orang pada tahun ini, menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar selepas Kristian.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Populasi orang Islam seluruh dunia dijangka mencecah 2.01 bilion orang pada tahun ini, menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar selepas Kristian.
  • Menurut data keluaran Timesprayer.com, populasi umat Islam mewakili lebih 25 peratus daripada penduduk dunia seramai 8,030,251,481 orang manakala perkembangan Islam dipercayai lebih cepat berbanding agama lain.
  • Dalam pada itu, Islam adalah sebahagian daripada agama rasmi di 26 negara di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Afrika sub-Sahara.
  • Umat Islam kini wujud di setiap rantau seluruh dunia namun mereka banyak tertumpu di rantau Asia-Pasifik termasuk Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.

NEW YORK, 27 April 2023 – Populasi orang Islam seluruh dunia dijangka mencecah 2.01 bilion orang pada tahun ini, menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar selepas Kristian.

Menurut data keluaran Timesprayer.com, populasi umat Islam mewakili lebih 25% daripada penduduk dunia seramai 8,030,251,481 orang manakala perkembangan Islam juga dipercayai lebih cepat berbanding agama lain.

Dalam pada itu, Islam adalah sebahagian daripada agama rasmi di 26 negara di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Afrika sub-Sahara.

Umat Islam kini wujud di setiap rantau seluruh dunia namun mereka banyak tertumpu di rantau Asia-Pasifik termasuk Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.

Selain rantau berkenaan, terdapat populasi Muslim yang ketara di Timur Tengah, Afrika Utara dan Afrika sub-Sahara.

Sementara itu, di benua Eropah dan Amerika Utara juga, masyarakat Islam didapati semakin berkembang, khususnya di kawasan bandar.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyebut bahawa umat Islam terus menerus memberikan sumbangan besar kepada komuniti mereka dan kepada dunia amnya meskipun berhadapan pelbagai cabaran.

Advertisement

Hingga kini, data menunjukkan Indonesia di kedudukan tertinggi bilangan penduduk Muslim iaitu seramai 241,045,668 orang manakala Malaysia menduduki tangga ke-21 dengan bilangan penduduk Muslim seramai 22,628,204.

Sumber: Samudera

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending