Connect with us

Terkini

Minat pelajar terhadap bidang sains merosot 40 peratus

Minat pelajar terhadap bidang sains di negara ini merosot dengan ketara kepada 40 peratus pada tahun lalu berbanding 66.7 peratus 2019.

Wartawan TMT

Published

on

Minat pelajar terhadap bidang sains merosot 40 peratus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Minat pelajar terhadap bidang sains di negara ini merosot dengan ketara kepada 40 peratus pada tahun lalu berbanding 66.7 peratus 2019.
  • Timbalan Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Kurup, berkata data itu berdasarkan hasil Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) Malaysia 2022.
  • Katanya, kajian dilakukan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mengenal pasti empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains.
  • “Antara empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains adalah kerana minat pelajar lebih cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains.”
  • “Kemudian, sains adalah mata pelajaran sukar untuk difahami; mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai dan keempat tidak berminat dengan bidang sains di sekolah,” katanya pada perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Minat pelajar terhadap bidang sains di negara ini merosot dengan ketara kepada 40 peratus pada tahun lalu berbanding 66.7 peratus 2019.

Timbalan Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Kurup, berkata data itu berdasarkan hasil Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) Malaysia 2022.

Katanya, kajian yang dilakukan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mengenal pasti empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains.

“Antara empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains adalah kerana minat pelajar lebih cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains.

“Kemudian, sains adalah mata pelajaran sukar untuk difahami; mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai dan keempat tidak berminat dengan bidang sains di sekolah,” katanya pada perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Karnival itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Arthur berkata kajian sama turut mendapati 81.1 peratus responden memberi cadangan menggabungkan aktiviti praktikal di dalam kelas sebagai cara terbaik untuk meningkatkan minat pelajar dalam sains.

Katanya, ia juga bagi mewujudkan kesedaran mengenai sains bermula di sekolah rendah dan memberi lebih banyak pendedahan berkaitan sains serta kehidupan seharian.

“Mengambil kira dapatan berkaitan tahap kesedaran STI dan penurunan enrolmen dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) ini, MOSTI komited menyusun dan menyelaras pelaksanaan Program Perdana Pembudayaan STI iaitu MSN dan Malaysia Techlympics,” katanya.

Arthur berkata, MSN 2023 adalah untuk meraikan kepelbagaian dan keperluan negeri dengan memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan mengetengahkan teknologi serta inovasi mereka kepada umum.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya yang dibacakan Mohd Ariffin berkata kerajaan Sabah sentiasa menitikberatkan pembangunan dan pembudayaan STI di negeri ini.

Katanya, bagi mempergiat pembudayaan dan pengaplikasian STI di peringkat akar umbi, kerajaan negeri dengan bantuan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) melaksanakan beberapa program baharu seperti Anugerah Sains Sabah, Program Jelajah Astronomi Sabah dan Sabah Malaysia Techlympics 2023. 

Menurutnya, Digital Internet Of Thing (IoT) Sandbox yang pertama di Borneo juga sudah beroperasi sepenuhnya di sini bertujuan menggalakkan masyarakat berdaya kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan pengkomersialan hasil inovasi tempatan.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan program inovasi masyarakat luar bandar melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat e-Desa. Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Sains dan Inovasi di setiap zon.

“Projek yang sedang dalam proses untuk pelaksanaan ini merangkumi pembinaan Pusat Sains dan ‘Maker Space’ di Perpustakaan Negeri cawangan Sandakan dan Tawau,” kataya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending