Antarabangsa
Wartawan terkenal Pakistan ditahan polis, suara media dikekang?
Ramai di Pakistan melihat penahanan Imran Riaz sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas terhadap media dan suara yang menentang.

- Imran Riaz ditahan sehari selepas wartawan pro bekas Perdana Menteri Imran Khan itu memberikan ucapan berbaur hasutan mengenai ‘perubahan rejim’ di Pakistan.
- Menurut peguamnya, wartawan itu ditahan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana mengkhianat.
- Ekoran penahanan itu, bekas Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan, Shireen Mazari mempersoalkan sama ada terdapat “undang-undang tentera tersembunyi” di negara itu dan pendapat bertentangan tidak dibenarkan.
NEW DELHI – Polis menahan wartawan terkenal Pakistan, Imran Riaz Khan pada Selasa malam, sehari selepas beliau memberikan ucapan berbaur hasutan mengenai ‘perubahan rejim’ di Pakistan.
Polis Punjab menahan Imran berdekatan plaza tol lebuh raya ketika penyampai televisyen itu dalam perjalanan ke Islamabad, menurut hantaran video di sosial media.
Peguamnya, Mian Ali Ashfaq memberitahu media Pakistan, wartawan itu ditahan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana mengkhianat.
Imran Riaz yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan baru-baru ini dalam satu seminar di Islamabad membuat kenyataan keras menentang rampasan kuasa seperti yang berlaku selepas parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) digulingkan dalam undi tidak percaya parlimen pada April.

Foto: Imran Riaz Khan ketika ditahan pada Selasa malam lalu.
Ramai di Pakistan melihat penahanan Imran Riaz sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas terhadap media dan suara yang menentang.
Penahanan Imran Riaz mendapat kecaman meluas oleh wartawan dan pemimpin PTI dalam catatan media sosial mereka.
Wartawan televisyen Shiffa Yousafzai berkata, penahanan itu melanggar perintah mahkamah yang memberi perlindungan kepada Imran Riaz daripada penahanan polis.
Bekas Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan, Shireen Mazari mempersoalkan sama ada terdapat “undang-undang tentera tersembunyi” di negara itu dan pendapat yang bertentangan tidak dibenarkan.
“Gangguan, FIR (laporan maklumat pertama), dan kini penahanan wartawan Imran Riaz Khan, amat membimbangkan. Adakah hak kebebasan bersuara kita masih ada?”soal wartawan Sana Jamal dalam hantaran di Twitter.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China