Connect with us

Antarabangsa

Jumlah penduduk dunia dijangka capai lapan bilion 15 November ini

Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bilangan manusia di bumi akan meningkat kepada lapan bilion pada 15 November depan, lapor AFP pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Jumlah penduduk dunia dijangka capai lapan bilion 15 November ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PBB anggar bilangan manusia di bumi akan meningkat kepada lapan bilion pada 15 November depan.
  • Pertumbuhan tahunan penduduk telah jatuh daripada paras tertinggi 2.1 peratus antara tahun 1962 hingga 1965 kepada di bawah satu peratus pada tahun 2020.
  • Angka itu berpotensi turun kepada sekitar 0.5 peratus menjelang tahun 2050 disebabkan penurunan berterusan dalam kadar kesuburan.

PARIS – Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bilangan manusia di bumi akan meningkat kepada lapan bilion pada 15 November depan, lapor AFP pada Isnin.

Bilangan itu tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 2.5 bilion bilangan pekerja global pada tahun 1950.

Bagaimanapun, selepas kemuncak awal 1960-an, kadar pertumbuhan penduduk dunia menurun secara mendadak, kata Ketua Bahagian Penduduk dan Cawangan Pembangunan PBB, Rachel Snow kepada AFP.

Pertumbuhan tahunan penduduk telah jatuh daripada paras tertinggi 2.1 peratus antara tahun 1962 hingga 1965 kepada di bawah satu peratus pada tahun 2020.

Angka itu berpotensi turun kepada sekitar 0.5 peratus menjelang tahun 2050 disebabkan penurunan berterusan dalam kadar kesuburan, menurut unjuran PBB.

Memandangkan peningkatan jangka hayat serta bilangan orang ketika dalam usia hamil, PBB mengunjurkan bilangan penduduk akan terus meningkat kepada kira-kira 8.5 bilion pada tahun 2030, 9.7 bilion pada tahun 2050 dan kemuncaknya adalah kira-kira 10.4 bilion pada tahun 2080an.

Kumpulan lain bagaimanapun, mengira angka yang berbeza.

Advertisement

Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) yang berpangkalan di AS dalam kajian tahun 2020 menganggarkan, populasi global akan mencapai bilangan maksimum menjelang tahun 2064 tanpa pernah mencapai 10 bilion dan menurun kepada 8.8 bilion menjelang tahun 2100.

Profesor Universiti Washington itu menyatakan bahawa di bawah model kesuburan yang agak berbeza, populasi manusia hanya akan mencapai antara sembilan dan 10 bilion orang. – AFP

Sumber : Sinar Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending