Connect with us

Antarabangsa

Tidak bertindak sewajarnya dalam perang Israel ke atas Palestin, Erdogan dan AKP kalah pilihan raya – Penyelidik

Parti pembangkang Turkiye meraih kemenangan di Istanbul dan Ankara dalam pilihan raya tempatan minggu lalu, menyumbang kekalahan terbesar Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunannya (AKP) dalam tempoh lebih dua dekad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdog.
  • Parti pembangkang Turkiye meraih kemenangan di Istanbul dan Ankara dalam pilihan raya tempatan minggu lalu, menyumbang kekalahan terbesar Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunannya (AKP) dalam tempoh lebih dua dekad.
  • Pengurus besar syarikat perundingan politik dan penyelidikan Datailor, Ahmet Turan Han memberitahu Middle East Eye bahawa rakyat mahu memberi ‘pengajaran’ kepada kerajaan Turkiye.
  • AKP dan Erdogan mempunyai titik lemah bersama iaitu Parti Kebajikan (YRP) populis Islam yang menawarkan alternatif kepada segmen pengundi Muslim.
  • YRP menjalankan kempen populis, menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak secukupnya menentang Israel atas pencerobohan kejam dan perdagangan berterusan dengan rejim itu.

Parti pembangkang Turkiye meraih kemenangan di Istanbul dan Ankara dalam pilihan raya tempatan minggu lalu, menyumbang kekalahan terbesar Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunannya (AKP) dalam tempoh lebih dua dekad.

Pengurus besar syarikat perundingan politik dan penyelidikan Datailor, Ahmet Turan Han memberitahu Middle East Eye bahawa rakyat mahu memberi ‘pengajaran’ kepada kerajaan Turkiye

“Pengundi mahu menghukum kerajaan atas beberapa sebab daripada inflasi (sehingga) kepada dasar polisi Ankara terhadap Palestin,“ kata Han.

AKP dan Erdogan mempunyai titik lemah bersama iaitu Parti Kebajikan (YRP) populis Islam yang menawarkan alternatif kepada segmen pengundi Muslim.

AKP bagaimanapun tidak memburukkan YRP kerana kedua-dua parti itu berada dalam pakatan pilihan raya Mei lalu.

YRP menjalankan kempen populis, menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak secukupnya dalam menentang Israel atas pencerobohan dan perdagangan berterusan dengan rejim itu.

Parti itu turut menyuarakan isu kekecewaan terhadap pencen, kritikan terhadap pergerakan hak LGBTQ selain permasalahan anjing liar. – The Merdeka Times

Author