Connect with us

Antarabangsa

‘Israel tewas perang’ – Media Israel jelaskan kegagalan Tel Aviv di Gaza

Israel gagal mencapai matlamatnya di Khan Younis dan kelihatan semakin terpencil di peringkat antarabangsa, demikian menurut dua penganalisis politik media Israel pada Ahad.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel gagal mencapai matlamatnya di Khan Younis dan kelihatan semakin terpencil di peringkat antarabangsa, demikian menurut dua penganalisis politik media Israel pada Ahad.
  • Menurut analisis ditulis Wartawan Israel, Amos Harel di Haaretz, matlamat utama Israel di Khan Younis “belum tercapai”.
  • Tentera Israel pada malam Sabtu memutuskan untuk berundur dari selatan Gaza City susulan operasi kejamnya selama empat bulan di wilayah itu.
  • Keputusan itu dibuat pada awal Sabtu, selepas Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan pembunuhan 14 tentera dalam dua operasi berasingan di kawasan Zanna dan kejiranan Al-Amal, masing-masing di timur dan barat Khan Younis.
  • Penganalisis politik Israel, Nadav Eyal di ruangan pendapat akhbar Israel Yedioth Ahronoth pula menyifatkan kerajaan Israel kalah dalam peperangan di Gaza dan semakin terasing berbanding sebelumnya.

Israel gagal mencapai matlamatnya di Khan Younis dan kelihatan semakin terpencil di peringkat antarabangsa, demikian menurut dua penganalisis politik media Israel pada Ahad.

Menurut analisis ditulis Wartawan Israel, Amos Harel di Haaretz, matlamat utama Israel di Khan Younis “belum tercapai”.

Tentera Israel pada malam Sabtu memutuskan untuk berundur dari selatan Gaza City susulan operasi kejamnya selama empat bulan di wilayah itu.

Keputusan itu dibuat pada awal Sabtu, selepas Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan pembunuhan 14 tentera dalam dua operasi berasingan di kawasan Zanna dan kejiranan Al-Amal, masing-masing di timur dan barat Khan Younis.

Penganalisis politik Israel, Nadav Eyal di ruangan pendapat akhbar Israel Yedioth Ahronoth pula menyifatkan kerajaan Israel kalah dalam peperangan di Gaza dan semakin terasing berbanding sebelumnya.

“Bukan sahaja (Israel) kehilangan sokongan di kebanyakan negara Barat, dan sangat hampir dengan (terjadinya) sekatan senjata dari Eropah, malah dalam kalangan sekutu besarnya, ‘plat tektonik sedang bergerak’,” kata Eyal.

Eyal berkata matlamat Israel dalam perang ini adalah “untuk mendapatkan semula kuasa pencegahan dan menghapuskan Hamas,” termasuk diselamatkan tawanan Israel.

“Kegagalan Israel bukan pada pembentangan matlamat peperangan yang disokong sepenuhnya semua negara Barat. Kegagalan penuh mereka terletak pada pelaksanaannya,” kata Eyal.

Ahli politik Israel, menurut Eyal, “telah menunjukkan gabungan sikap pujian, pendendam dan pengecut yang jarang ditemui”.

Penganalisis itu turut menyalahkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas sikapnya terhadap Washington.

“Konfrontasi awam dan jahat Netanyahu dengan pentadbiran Biden hanya memperjelaskan kelemahan Israel,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending