Connect with us

Terkini

Peniaga bukan Islam tidak tertakluk arahan henti berniaga waktu Maghrib – EXCO Kedah

Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata peniaga bukan Islam, terutama di pasar malam, tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan. 
  • “Peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam bersama peniaga Islam cuma digalak mengikuti peraturan ini.
  • “Pada masa sama, kita juga menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah pada waktu solat Maghrib,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Sungai Petani, hari ini. 
  • Penjelasan mengenai penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi pencerahan kepada peniaga bukan Islam selepas terdapat banyak pertikaian di media sosial berkenaan arahan berkenaan.

KUALA LUMPUR — Arahan peniaga pasar malam perlu menghentikan seketika operasi perniagaan pada waktu solat Maghrib di seluruh negeri Kedah hanya untuk kelompok beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata peniaga bukan Islam, terutama di pasar malam, tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan. 

“Penguatkuasaan peraturan ini hanya membabitkan aktiviti perniagaan pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta.

“Peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam bersama peniaga Islam cuma digalak mengikuti peraturan ini.

“Pada masa sama, kita juga menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah pada waktu solat Maghrib,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Sungai Petani, hari ini. 

Penjelasan mengenai penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi pencerahan kepada peniaga bukan Islam selepas terdapat banyak pertikaian di media sosial berkenaan arahan berkenaan.

Ini susulan semua penjaja pasar malam di Kedah sebelum ini dilaporkan diarah supaya menghentikan seketika operasi perniagaan bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Tempoh menghentikan perniagaan adalah mulai lima minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

Penguatkuasaan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 21 Februari lalu.

Arahan itu juga menyaksikan netizen bukan Islam mempertikaikan tindakan tersebut dan ada yang menganggap perkara berkenaan adalah satu jenaka dan menyindir ibadah umat Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *