Connect with us

Terkini

Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri fail representasi kepada AGC

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan dalam isu stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan (dua dari kanan) dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui (tengah).
  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan dalam isu stoking tertera kalimah ‘Allah’.
  • Peguam mereka, Datuk Rajpal Singh berkata beliau diarahkan anak guamnya memfailkan representasi itu yang akan dilakukan dalam masa satu atau dua minggu selepas dokumen diterima daripada pihak pendakwaan diteliti.
  • Beliau berkata pihaknya mempunyai masa sebulan untuk berbuat demikian sebelum pengurusan kes pra-perbicaraan pada 10 Jun.
  • “Setakat ini kami belum putuskan apa kandungan surat representasi itu, sama ada (untuk) menarik balik pertuduhan, membuat pindaan atau pertuduhan alternatif… ia belum dipastikan lagi,” katanya dipetik Berita Harian selepas prosiding sebutan kes di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Muhamad Anas Mahadzir di Shah Alam, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui akan mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan dalam isu stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Peguam mereka, Datuk Rajpal Singh berkata beliau diarahkan anak guamnya memfailkan representasi itu yang akan dilakukan dalam masa satu atau dua minggu selepas dokumen diterima daripada pihak pendakwaan diteliti.

Beliau berkata pihaknya mempunyai masa sebulan untuk berbuat demikian sebelum pengurusan kes pra-perbicaraan pada 10 Jun.

“Kami akan teliti dokumen yang diserahkan kepada kami terlebih dahulu dan menilai jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu sebelum menyediakan surat representasi.

“Setakat ini kami belum putuskan apa kandungan surat representasi itu, sama ada (untuk) menarik balik pertuduhan, membuat pindaan atau pertuduhan alternatif… ia belum dipastikan lagi,” katanya dipetik Berita Harian selepas prosiding sebutan kes di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Muhamad Anas Mahadzir di Shah Alam, hari ini.

Rajpal berkata beliau akan berbincang bersama Lau Yi Leong, peguam syarikat pembekal stokin, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya yang turut didakwa, berhubung penyediaan surat representasi itu.

Kee Kan dan Siew Mui pada 26 Mac lalu dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedai serbaneka itu menjadi tumpuan baru-baru ini susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaiannya pada 13 Mac lalu. — The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending