Connect with us

Antarabangsa

Penganut Kristian Lubnan musnahkan monumen LGBT

“Ternyata ada syaitan di dalam diri kamu semua,” demikian antara ayat-ayat yang dilontarkan beliau di tempat kejadian.

Wartawan TMT

Published

on

penganut kristian lubnah musnahkan monumen lgbt
Foto: Hassan Ammar
  • Penganut Kristian menganggap monumen itu menghina kesucian kawasan gereja.
  • “Berani kalian naikkan monumen sonsang di kejiranan yang ada gereja ini? Ternyata ada syaitan di dalam diri kamu semua,” kata salah seorang penganut Kristian di tempat kejadian.
  • Menteri Dalam Negeri Lubnan bagaimanapun menolak sebarang aktiviti terkait komuniti LGBT.

BEIRUT – Dalam satu rakaman video yang tular dikongsikan akaun Facebook “Soldiers of God”, salah seorang penganut Kristian menyuarakan kemarahan kerana pembinaan monumen yang melambangkan sokongan terhadap golongan songsang itu berhampiran kawasan gereja.

“Ternyata ada syaitan di dalam diri kamu semua,” demikian antara ayat-ayat yang dilontarkan beliau di tempat kejadian.

Monumen bunga bendera pelangi itu dibina seorang ahli LGBT yang diberi kebenaran pihak berkuasa bandaraya di Beirut.

“Tidak akan ada syaitan di Achrafieh – ini kejiranan askar-askar kiriman Tuhan,” kata seorang ahli protes yang sedang menurunkan monumen itu sambil memetik beberapa ayat dari kitab bible.

Menteri Dalam Negeri Lubnan menyatakan persetujuan terhadap pihak berkuasa agama yang menolak segala bentuk aktiviti berkaitan komuniti LGBT pada Jumaat lalu.

Bassam Mawlawi menegaskan dalam satu kenyataan terbuka bahawa, “hubungan songsang” yang tersebar luas dalam masyarakat Lubnan hari ini, bercanggah dengan budaya negara ini.

Menurut Helem, peguambela hak asasi bagi komuniti LGBT, “kenyataan yang dibuat itu berbaur homofobic dan transfobic. Ia juga akan dipaparkan di media cetak dan media sosial”. Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan dibuat agamawan negara itu.

Helem juga menuduh agamawan elit dan ahli politik sengaja memberi kenyataan-kenyataan sebegitu untuk membangkitkan kemarahan bagi berselindung di sebalik masalah ekonomi dan politik.

Tambah Helem, “Rejim dan institusi yang gagal dalam menyediakan keselamatan serta keadilan kepada rakyatnya akan terus menghentam dan mengorbankan sesebuah komuniti bagi sembunyikan kegagalan dan korupsi”.

Pengikut dan aktivis LGBT di Lubnan berhimpun di halaman luar rumah Menteri Dalam Negeri bagi menunjuk perasaan serta menolak kenyataan dibuat pada Ahad lalu.

Sumber: The New Arab

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending