Connect with us

Antarabangsa

Warga Turkiye bantah LGBT di Ankara

Satu lagi perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad menyasarkan kumpulan LGBT dan Konvensyen Istanbul yang tidak diteruskan di negara itu pada 2021.

Wartawan TMT

Published

on

Warga Turkiye bantah LGBT di Ankara
Foto: Perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad.
  • Perhimpunan bantah LGBT kali kedua berlangsung di Ankara, Turkiye, dianjur Platform Masyarakat Awam, semalam (Ahad).
  • Menyasarkan kelompok LGBT dan Konvensyen Istanbul yang didakwa membawa ideologi songsang yang merosakkan institusi kekeluargaan di Turkiye.
  • Perhimpunan berlangsung selama kira-kira dua jam.
  • Peserta memegang sepanduk bertulis “Tidak kepada penyelewengan” dan “Keluarga adalah asas kepada masyarakat” sambil melaungkan takbir.

Satu lagi perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad menyasarkan kumpulan LGBT dan Konvensyen Istanbul yang tidak diteruskan di negara itu pada 2021.

Perhimpunan yang kali kedua diadakan di negara itu dianjurkan Platform Masyarakat Awam.

Peserta memegang sepanduk bertulis “Tidak kepada penyelewengan” dan “Keluarga adalah asas kepada masyarakat”.

Mereka turut melaungkan slogan seperti “Tidak kepada gerakan global yang sesat”, “Hentikan ajaran sesat” dan “Mari kita lindungi keluarga bersama-sama ” dalam bahasa Turki sambil melaungkan takbir.

Perhimpunan itu menyaksikan penutupan lalu lintas di Jalan Anafartalar selama kira-kira dua jam.

Ketua Platform Masyarakat Awam Ankara, Mustafa Kir menyasarkan Konvensyen Istanbul dan mendakwa kontrak itu merosakkan struktur keluarga di Turkiye.

“Tujuan Konvensyen Istanbul digambarkan untuk melindungi keganasan dan rogol terhadap wanita. Sebenarnya, ia adalah projek global berbahaya yang bertujuan memperkasakan LGBT, mengganggu struktur keluarga tradisional dan mengurangi keturunan kita. Kesaksamaan gender adalah projek pengkhianatan. Kita perlu memimpin saudara-saudara kita yang terlibat dalam penyelewengan dan membawa mereka kembali kepada kehidupan normal,” katanya.

Terdahulu, perhimpunan membantah LGBT yang pertama diadakan di daerah Fatih pada 18 September lalu. 

Pemerhati media dan Majlis Tinggi Televisyen dan Radio (RTUK) melabelkan video promosi perarakan itu sebagai “pengumuman perkhidmatan awam”.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menandatangani dekri presiden pada 20 Mac 2021, meninggalkan Konvensyen Istanbul yang dikatakan bertujuan melindungi wanita daripada keganasan. 

Pada 1 Julai 2021, Turkiye secara rasmi meninggalkan konvensyen itu, mencetuskan bantahan besar-besaran dan kemarahan kumpulan hak wanita yang percaya perjanjian itu penting walaupun dikatakan mempunyai tujuan sebaliknya.

Sumber: Duvar English

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Tuntut henti sokong rejim Israel, Protes pelajar kolej seluruh AS meningkat

Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Protes yang dilakukan oleh pelajar kolej di Amerika Syarikat.
  • Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.
  • Tuntutan itu termasuk hubungan kepada mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.
  • Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.
  • Pergerakan itu mengambil kekuatan baharu apabila perang Israel-Hamas melepasi tempoh enam bulan dan kisah penderitaan di Gaza mencetuskan seruan antarabangsa untuk diadakan gencatan senjata.
  • Diilhamkan protes berterusan dan penangkapan minggu lepas lebih 100 pelajar di Universiti Columbia minggu lalu, ratusan pelajar dari Massachusetts hingga ke California kini berkumpul di persekitaran kampus.

Semakin ramai pelajar kolej di seluruh Amerika Syarikat (AS) berkumpul memprotes sambil berkhemah dengan tuntutan seragam supaya institusi pendidikan mereka melupuskan hubungan urusniaga dengan Israel.

Tuntutan itu termasuk hubungan kepada mana-mana syarikat yang menyokong berterusannya peperangan di Gaza.

Tuntutan itu berakar umbi dalam gerakan kempen Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang berpuluh tahun menentang dasar Israel terhadap Palestin.

Pergerakan itu mengambil kekuatan baharu apabila perang Israel-Hamas melepasi tempoh enam bulan dan kisah penderitaan di Gaza mencetuskan seruan antarabangsa untuk diadakan gencatan senjata.

Diilhamkan protes berterusan dan penangkapan minggu lepas lebih 100 pelajar di Universiti Columbia minggu lalu, ratusan pelajar dari Massachusetts hingga ke California kini berkumpul di persekitaran kampus.

Mereka bertindak mendirikan khemah dan berjanji untuk kekal sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Ketua protes di Universiti Columbia, Mahmoud Khalil menyatakan pelajar di universiti itu mendesak pelupusan hubungan dengan Israel sejak 2002.

“Kami mahu dilihat.

“Universiti harus melakukan sesuatu mengenai apa yang kami minta, mengenai genosid yang berlaku di Gaza. Mereka harus berhenti melabur dalam genosid ini,” katanya dipetik Portland Pressherald.

Sekurang-kurangnya 34,262 rakyat Palestin terbunuh dan 77,229 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pula merekodkan 1,139 orang dengan puluhan dilaporkan masih ditawan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending