Connect with us

Terkini

Anak empat tahun dipaksa sertai perarakan LGBT, Ibu Kristian bawa kes ke mahkamah

Seorang ibu penganut Kristian mendakwa anak lelakinya berusia empat tahun dipaksa mengambil bahagian dalam acara perarakan LGBT di sekolah sedangkan ia bertentangan dengan kehendaknya dan membawa perkara  itu ke mahkamah.

Wartawan TMT

Published

on

Anak empat tahun dipaksa sertai perarakan LGBT, Ibu Kristian bawa kes ke mahkamah
Foto: Izzy Montague
  • Seorang ibu penganut Kristian mendakwa anak lelakinya berusia empat tahun dipaksa mengambil bahagian dalam acara perarakan LGBT di sekolah sedangkan ia bertentangan dengan kehendaknya dan membawa perkara  itu ke mahkamah.
  • Izzy Montague berkata dia diberitahu Heaver’s Farm Primary School di Croydon, selatan London, bahawa anaknya tidak boleh menarik diri daripada acara itu walaupun keluarga mereka berpegang kepada agama Kristian.
  • Pihak sekolah melihat perbuatan enggan mengikuti perarakan itu sebagai masalah tingkah laku.
  • Montague membawa perkara itu ke mahkamah atas dakwaan diskriminasi langsung dan tidak langsung selain sekolah itu didakwa melanggar Akta Pendidikan 1996 dan Akta Hak Asasi Manusia 1998.

 

Seorang ibu penganut Kristian mendakwa anak lelakinya berusia empat tahun dipaksa mengambil bahagian dalam acara perarakan LGBT di sekolah sedangkan ia bertentangan dengan kehendaknya dan membawa perkara  itu ke mahkamah.

Izzy Montague berkata dia diberitahu Heaver’s Farm Primary School di Croydon, selatan London, bahawa anaknya tidak boleh menarik diri daripada acara itu walaupun keluarga mereka berpegang kepada agama Kristian.

Montague berkata dia meminta anaknya dikecualikan daripada perbarisan itu, namun diberitahu perbuatan itu akan dilihat sebagai masalah tingkah laku.

Wanita itu mendakwa pihak sekolah seolah-olah bersikap “antagonis” terhadapnya dan mewujudkan suasana “bermusuhan” dan “menakutkan” selepas dia membuat aduan sebegitu, malah perkara itu sama dilalui ibu bapa lain yang mencabar ideologi LGBT diajarkan kepada anak-anak mereka.
Montague membuat dakwaan diskriminasi langsung dan tidak langsung selain sekolah terbabit didakwa melanggar Akta Pendidikan 1996 dan Akta Hak Asasi Manusia 1998.

Difahamkan, perbicaraan kes itu sudah berlangsung bermula semalam sehingga 10 Februari depan, di mana ia diadakan di Mahkamah Daerah London Pusat.

“Saya tidak pun cuba menghalang acara Pride. Saya hanya mahu anak saya mendapat pendidikan, bukannya indoktrinasi.

Advertisement

“Selepas saya mengadu tentang anak kecil saya terpaksa mengambil bahagian dalam acara yang bertentangan dengan kepercayaan Kristian kami, sikap sekolah terhadap saya berubah sama sekali. Ibu bapa lain takut untuk bersuara kerana cara pihak sekolah melayan saya.

“Saya mengambil pendirian ini untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang apa yang berlaku di sekolah rendah kita. Saya tidak mahu ibu bapa lain melalui apa yang saya lalui dalam bulan ini dan tahun akan datang,” katanya dipetik Christian Today.

Montague berkata dia berasa dibuli pihak sekolah dan kekhuatirannya tentang aspek menjaga keselamatan juga tidak dipandang serius.

 

Sumber : Christian Today

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending