Connect with us

Terkini

75 peratus kes HIV direkod tahun lalu libat golongan belia berumur 20-39 tahun

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
  • Sebanyak 75 peratus kes HIV yang dilaporkan pada tahun lalu melibatkan golongan belia dari kumpulan umur antara 20 hingga 39 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
  • Tahun lalu, katanya sebanyak 3,185 kes HIV baru dilaporkan dengan kadar notifikasi 9.4 bagi setiap 100,000 penduduk di mana majoritinya adalah dalam kalangan lelaki (90 peratus) berbanding wanita sebanyak 10 peratus.
  • “Terkini, punca jangkitan HIV adalah melalui seksual (96 peratus pada tahun 2024) di mana 32 peratus jangkitan adalah secara heteroseksual dan 64 peratus homoseksual/biseksual,” katanya.

KUALA LUMPUR — Sebanyak 75 peratus kes HIV yang dilaporkan pada tahun lalu melibatkan golongan belia dari kumpulan umur antara 20 hingga 39 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, jangkitan baru HIV/AIDS di Malaysia secara amnya telah mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus di antara tahun 2000 dan 2009, namun mulai tahun 2010 sehingga kini, kadar penurunan itu semakin perlahan iaitu hanya 27 peratus.

Tahun lalu, katanya sebanyak 3,185 kes HIV baru dilaporkan dengan kadar notifikasi 9.4 bagi setiap 100,000 penduduk di mana majoritinya adalah dalam kalangan lelaki (90 peratus) berbanding wanita sebanyak 10 peratus.

“Trend ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1990an di mana wanita hanya satu peratus dan lelaki 99 peratus,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat semalam.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang meminta penjelasan berhubung keadaan semasa jangkitan HIV dalam negara, termasuk jumlah pesakit mengikut kategori kumpulan umur, jantina dan punca utama jangkitan.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata jangkitan HIV di Malaysia juga telah menunjukkan perubahan lanskap mod jangkitan yang ketara, iaitu dari jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan dadah kepada jangkitan melalui transmisi seksual.

“Terkini, punca jangkitan HIV adalah melalui seksual (96 peratus pada tahun 2024) di mana 32 peratus jangkitan adalah secara heteroseksual dan 64 peratus homoseksual/biseksual,” katanya. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author