Antarabangsa
Rusia perluas undang-undang anti-LGBTQ, sekat laman web bawa ideologi songsang
Rusia memberikan kebenaran kepada badan pengawal selia media negaranya untuk menyekat laman web mengandungi maklumat tentang LGBTQ.

- Arahan baharu Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin itu memberikan, Roskomnadzor selaku badan pengawal selia dan penapis media persekutuan negara itu, keupayaan untuk mengharamkan mana-mana laman web yang mengandungi maklumat ideologi.
- Undang-undang larangan promosi LGBT kepada golongan bawah umur ditandatangani Presiden Vladimir Putin awal bulan ini, kini dikemaskini kepada orang dewasa juga.
- Mereka yang didapati melanggar undang-undang itu berdepan sehingga denda 400,000 rubel (RM24,590.15).
- Warga asing yang melanggar undang-undang terbabit akan dihalau keluar dari negara itu.
Rusia memberikan kebenaran kepada badan pengawal selia media negaranya untuk menyekat laman web mengandungi maklumat tentang LGBTQ.
Arahan baharu Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin itu memberikan Roskomnadzor, selaku badan pengawal selia dan penapis media persekutuan negara itu, keupayaan mengharamkan mana-mana laman web yang mengandungi maklumat ideologi songsang itu.
Memetik laporan Pink News, perintah itu ialah penambahan kepada undang-undang sedia ada yang mengharamkan propaganda LGBT di internet, media massa, buku, pengiklanan dan filem untuk semua peringkat umur di Rusia.
Undang-undang yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada awal bulan ini, meluaskan skop perundangan 2013 yang melarang penyebaran maklumat LGBT kepada golongan bawah umur.
Ia telah dikemaskini untuk melanjutkan larangan mempromosikan maklumat sedemikian kepada orang dewasa juga.
Mereka yang didapati melanggar undang-undang itu berdepan denda sehingga 400,000 rubel (RM24,590.15) bagi kesalahan menyebarkan propaganda LGBT dan sehingga 200,000 rubel (RM12,295.08) bagi kesalahan demonstrasi LGBT dan penyebaran maklumat menggalakkan perubahan jantina di kalangan remaja.
Jumlah denda ini meningkat sehingga lima juta rubel (RM30,7376.88) dan empat juta rubel (RM24,5901.50), masing-masing untuk entiti sah perniagaan dan perbadanan.
Warga asing melanggar undang-undang terbabit akan dihalau keluar dari negara itu.
Sumber: Pink News
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular