Antarabangsa
Gara-gara soalan politik LGBT, sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan
Gara-gara soalan politik LGBT, sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan

- Seorang wartawan dikritik ramai kerana mengajukan soalan “tidak kena” dan “tidak beretika” ketika sidang akhbar Piala Dunia Wanita yang menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Maghribi.
- Dalam sidang media penampilan sulung Maghribi di Piala Dunia Wanita, kapten pasukannya, Ghizlane Chebbak telah diajukan soalan daripada wartawan BBC World Service, adakah skuad bola sepak Maghribi mempunyai pemain gay?
- Soalan itu terus dipotong seorang moderator FIFA yang mengingatkan wakil media bahawa tujuan mereka di situ bukan untuk membincangkan hal berkenaan dengan politik, sebaliknya sukan.
Seorang wartawan dikritik ramai kerana mengajukan soalan “tidak kena” dan “tidak beretika” ketika sidang akhbar Piala Dunia Wanita yang menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Maghribi.
Dalam sidang media penampilan sulung Maghribi di Piala Dunia Wanita, kapten pasukannya, Ghizlane Chebbak telah diajukan soalan daripada wartawan BBC World Service, adakah skuad bola sepak Maghribi mempunyai pemain gay?
“Kita tahu bahawa perkahwinan sejenis (di Maghribi) tidak dibenarkan, apakah ada pemain gay dalam pasukan ini dan apa situasinya bagi mereka,” kata wartawan terbabit dipetik news.com.au.
Soalan itu terus dipotong seorang moderator FIFA yang mengingatkan wakil media bahawa tujuan mereka di situ bukan untuk membincangkan hal berkenaan dengan politik, sebaliknya sukan.
Di Maghribi, hubungan sejenis adalah dilarang dan boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga lima tahun dengan denda 1,200 dirham.
Mengecam tindakan wartawan BBC World Service itu, wartawan The Athletic, Steph Yang berkata, “dari perspektif mengurangkan bahaya, ini bukan soalan yang sesuai untuk pemain dan akan membahayakan pemain itu sendiri”.
Manakala Shireen Ahmed dari CBC Sports menyifatkan soalan itu sebagai agak keterlaluan.
“Perkara mengurangkan bahaya penting dan mengemukakan soalan seumpama itu kepada kapten dan jurulatih adalah tidak perlu,” katanya.
Sumber: News.com.au, Mirror
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular