Antarabangsa
Perarakan haram LGBT di Turki, disekat
Pihak berkuasa tempatan telah melarang semua acara Pride Week diadakan di dua daerah di Istanbul iaitu Beyoğlu dan Kadıköy kerana boleh mengakibatkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.
- Golongan LGBT mengadakan perarakan Pride Istanbul yang telah diharamkan Turki sejak 2015.
- Pengharaman acara Pride Week kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.
- Pihak berkuasa Turki menyekat dan menahan ratusan orang yang menentang larangan perarakan tersebut.
- Sejak pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan penerimaan Turki terhadap kebebasan LGBTQ+, berkurangan.
ISTANBUL, 28 Jun 2022 – Pihak berkuasa Turki berjaya menyekat ratusan orang daripada berhimpun dalam perarakan tahunan Pride Istanbul sekaligus menahan mereka yang menentang larangan mengadakan perarakan itu pada Ahad lalu.
Beberapa tahun kebelakangan ini, setelah kerajaan Turki diketuai oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, penerimaan negara tersebut terhadap kebebasan LGBTQ+ semakin berkurang.
Pihak berkuasa tempatan telah melarang semua acara Pride Week diadakan di dua daerah di Istanbul iaitu Beyoğlu dan Kadıköy kerana boleh mengakibatkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.
“Semua acara diharamkan di kesemua kawasan terbuka dan tertutup selama tujuh hari,” ujar Gabenor daerah tersebut.
Menurut Sky News, perarakan Pride Istanbul telah diharamkan di negara tersebut sejak 2015 lagi, namun setiap tahun golongan LGBT dan penyokongnya masih mengadakan perhimpunan itu bagi menyambut berakhirnya Pride Month.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina