Connect with us

Antarabangsa

Kempen anti-LGBTQ “Fetrah” tular di Twitter

Fetrah yang merupakan gerakan anti-LGBTQ membuat satu gelombang di media sosial  menggesa pengguna mempromosikan kenyataan bahawa hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.

Wartawan TMT

Published

on

Fetrah
  • Satu gerakan anti-LGBTQ tularkan kenyataan bahawa hanya terdapat dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
  • Fetrah ditubuhkan selepas bulan “Pride” antarabangsa di Timur Tengah.
  • Ditubuhkan sejurus kontroversi di Arab Saudi menarik semula semua produk berwarna pelangi.
  • Meta bertindak membekukan akaun Fetrah selepas ia berjaya mendapat setengah juta ‘Like’ dan tag ‘verification’ biru oleh Facebook.

Fetrah yang merupakan gerakan anti-LGBTQ membuat satu gelombang di media sosial  menggesa pengguna mempromosikan kenyataan bahawa hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.

Diambil daripada perkataan Arab, Fetrah bermaksud “naluri manusia” dan ia ditubuhkan selepas bulan “Pride” antarabangsa di Timur Tengah.

Pertubuhan gerakan itu berlaku sejurus beberapa kontroversi di Arab Saudi di mana pihak berkuasa mengumumkan penarikan balik ke semua mainan dan pakaian berwarna pelangi untuk kanak-kanak di Riyadh kerana “mempromosikan homoseksual”.

Hasil kerjasama tiga individu berpengalaman dalam bidang pemasaran profesional dari Mesir, gerakan ini berjaya peroleh beribu-ribu pengikut melalui beberapa platform media sosial hanya dalam masa beberapa minggu sahaja.

Pengasas Fetrah menyeru pengguna media sosial untuk menentang gejala homoseksual. 

Bagi mereka yang menyokong gerakan itu, mereka akan menyiarkan bendera biru dan merah jambu sebagai tanda sokongan. 

Meta yang merupakan syarikat utama yang menerajui Facebook dan Instagram bertindak membekukan akaun Fetrah pada 9 Jun selepas ia berjaya mendapat setengah juta ‘Like’ dan tag ‘verification’ biru oleh Facebook.

Advertisement

Bagaimanapun, beberapa halaman alternatif untuk Fetrah muncul di Facebook dan Instagram memandangkan ramai pengguna media sosial dan pihak berita yang tetap memberi sokongan terhadap gerakan itu.

Laman Twitter Fetrah masih aktif dan kini mempunyai lebih 75,000 pengikut.

Sumber: Euro News

 

Author

Advertisement

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending