Connect with us

Antarabangsa

Tuduh guru pukul kerana enggan buka hijab, Perancis saman gadis Muslim

Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal mengumumkan negara itu akan menyaman seorang Muslimah yang mendakwa pengetua sekolah bertindak memukulnya dalam satu pertengkaran berhubung penanggalan hijab.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal mengumumkan negara itu akan menyaman seorang Muslimah yang mendakwa pengetua sekolah bertindak memukulnya dalam satu pertengkaran berhubung penanggalan hijab.
  • Menurut media dan pegawai Perancis, guru besar di Maurice-Ravel lycée di timur Paris itu berhenti bertugas selepas menerima “ancaman bunuh” dalam talian berikutan pertengkaran dengan remaja tersebut.
  • Pada 28 Februari lalu, pengetua meminta tiga pelajar menanggalkan tudung di premis sekolah, namun menurut pendakwa raya, seorang daripada mereka menolak lalu pertengkaran berlaku.
  • Pelajar itu menafikan dirinya enggan menanggalkan tudung lalu membuat aduan ke atas pengetua terbabit, mendakwa dirinya dianiaya pada ketika kejadian.

Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal mengumumkan negara itu akan menyaman seorang Muslimah yang mendakwa pengetua sekolah bertindak memukulnya dalam satu pertengkaran berhubung penanggalan hijab.

Menurut media dan pegawai Perancis, guru besar di Maurice-Ravel lycée di timur Paris itu berhenti bertugas selepas menerima “ancaman bunuh” dalam talian berikutan pertengkaran dengan remaja tersebut.

Pada 28 Februari lalu, pengetua meminta tiga pelajar menanggalkan tudung di premis sekolah, namun menurut pendakwa raya, seorang daripada mereka menolak lalu pertengkaran berlaku.

Pelajar itu menafikan dirinya enggan menanggalkan tudung lalu membuat aduan ke atas pengetua terbabit, mendakwa dirinya dianiaya pada ketika kejadian.

“Guru besar muncul dan ada simpulan di serkup saya. Apabila tiba-tiba melihatnya, saya memutuskan untuk menanggalkannya.

“Tetapi saya tidak mempunyai masa untuk menanggalkannya apabila dia tiba. Dia menjerit kepada saya dan saya menoleh ke arahnya. Saya beritahu “Ya, saya akan menanggalkannya” kerana dia menyuruh supaya ia dibuka.

“Kemudian saya cuba menanggalkannya dan saya tiada masa untuk menjelaskan atau berkata apa-apa, dia menolak saya dengan ganas. Dia memukul saya dengan kuat di lengan. 

“Saya terkejut, kaki saya menggigil kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada saya. Saya tidak pernah berdepan masalah sejak sekolah rendah – tiada pertengkaran sama ada dengan pengurus atau guru. Tiada masalah, tiada langsung. Jadi saya benar-benar terkejut bahawa seorang guru boleh memukul saya seperti itu,” kata gadis itu kepada Collective for Countering Islamophobia in Europe (CCIE).

“Situasinya sukar kerana media “menyampaikan” sampah. Saya berikan satu contoh, apabila saya di dalam satu mesyuarat bersama ibu bapa saya, media melaporkan bahawa saya berkata dia tidak memukul saya. 

“Tetapi saya tidak pernah berkata begitu. Jadi ia sukar. Mereka tidak bercakap benar. Tetapi apabila saya cuba memberitahu kebenaran, mereka putar belit kata-kata saya,” katanya. 

Pejabat pendakwa raya Paris pada hari Rabu memberitahu AFP bahawa aduannya itu telah ditolak.

Susulan itu, satu siasatan dibuka ke atas gangguan siber berikutan “ancaman bunuh” terhadap guru besar. Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan dan akan dibicarakan pada bulan ini.

Berdasarkan surat pihak sekolah dihantar kepada guru, murid dan ibu bapa pada hari Selasa, pengetua itu undur diri dari tugasan atas “sebab keselamatan,” manakala pegawai pendidikan berkata dia “bersara awal”.

Perdana Menteri yang bertindak mengharamkan abaya di sekolah pada tahun lalu itu berkata akan memfailkan aduan terhadap pelajar itu atas “tuduhan palsu” guru besar tersebut melakukan penganiayaan semasa kejadian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Turkiye akhirnya henti perdagangan dengan Israel

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Israel, Israel Katz (kiri) dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.
  • “Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.
  • “Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.
  • Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.
  • Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

“Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.

“Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.

Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.

Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye dan Israel mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa sejak 1997.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara ialah $6.3 bilion pada 2023, di mana 76 peratus daripadanya eksport Turkiye, demikian menurut Institut Statistik Turkiye. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending