Connect with us

Terkini

(VIDEO) Artikel “ultra kiasu Cina” di Facebook: Ridhuan Tee selesai beri keterangan, komputer riba dirampas

Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah selesai memberikan keterangan di  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung artikel bertajuk “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina” yang dimuat naik di Facebook (FB) beliau pada Januari lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah selesai memberikan keterangan di  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung artikel bertajuk “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina” yang dimuat naik di Facebook (FB) beliau pada Januari lalu.
  • Ridhuan Tee berkata beliau memberi keterangan lebih kurang sejam antara lain untuk mengetahui sama ada beliau adalah pemilik FB berkenaan dan siapa pemilik hantaran atau artikel “ultra kiasu Cina”.
  • Beliau berkata rampasan turut akan dibuat ke atas komputer riba miliknya dan tiada individu lain yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.
  • “Saya bertanggungjawab sepenuhnya bukan sahaja (berkenaan artikel) itu, semuanya yang saya tulis, saya bertanggungjawab sepenuhya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
  • The Merdeka Times pada Isnin melaporkan Ridhuan Tee yang dikenali lantang dalam mengkritik kelompok ultra kiasu Cina memaklumkan akan dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Akta 505 Kanun Keseksaan dan Akta 233 Komunikasi dan Multimedia berhubung artikel yang dimuat naik beliau di FB.

KUALA LUMPUR — Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah selesai memberikan keterangan di  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung artikel bertajuk “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina” yang dimuat naik di Facebook (FB) beliau pada Januari lalu.

Ridhuan Tee berkata beliau memberi keterangan lebih kurang sejam antara lain untuk mengetahui sama ada beliau adalah pemilik FB berkenaan dan siapa pemilik hantaran atau artikel “ultra kiasu Cina”.

Beliau berkata rampasan turut akan dibuat ke atas komputer riba miliknya dan tiada individu lain yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.

“Saya kira yang buat aduan ini ada sebab dia, kita tidak tahu apa niat dia tapi mungkin dia nak bagi kita diam dan sebagainya… saya cakap terus terang dah apa jua berkenaan Islam kita akan respon, kita takkan berdiam itu hidup mati kita. 

“… Saya dipanggil (beri keterangan) cuma nak memastikan adakah itu posting saya. 

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya bukan sahaja (berkenaan artikel) itu, semuanya yang saya tulis, saya bertanggungjawab sepenuhya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Turut hadir di  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi adalah beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi sokongan dan solidariti kepada Ridhuan Tee antaranya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Jan Fazal Eladi, NGO Bertindak dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata situasi dihadapi beliau hari ini berkemungkinan akan membuatkan beliau menjadi lebih lantang dalam menyuarakan isu berkaitan agama Islam dan aktif dalam menulis.

Beliau juga secara ringkas menjelaskan artikel yang menjadi isu itu adalah berkenaan amaran diberikan kepada kelompok ultra kiasu seperti DAP, MCA, Gerakan, NGO Cina dan akhbar Cina supaya tidak mencampuri urusan dalam hal ehwal agama Islam kerana kelompok Muslim sendiri tidak mencampuri urusan agama mereka.

The Merdeka Times pada Isnin melaporkan Ridhuan Tee yang dikenali lantang dalam mengkritik kelompok ultra kiasu Cina memaklumkan akan dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Akta 505 Kanun Keseksaan dan Akta 233 Komunikasi dan Multimedia berhubung artikel yang dimuat naik beliau di FB. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending