Connect with us

Terkini

Cadangan SPRM dan PETRONAS bawah Agong, boleh dibincang – PM

Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh dibincangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan SPRM dan PETRONAS bawah Agong, boleh dibincang – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar (kanan).
  • Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh dibincangkan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan dikemukakan itu tidak akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan Negara.
  • “Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama,” katanya dipetik Berita Harian selepas merasmikan dua pameran seni di Muzium Kesenian Islam, di sini malam tadi.
  • Sultan Ibrahim yang akan menjadi YDPA tidak lama lagi dilaporkan berkata dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen dan ia akan dapat menjamin kebebasan SPRM.
  • Titah itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan cadangan Sultan Johor itu dan beberapa perancangan lain apabila baginda menjadi Agong tidak boleh diambil ringan.

KUALA LUMPUR — Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh dibincangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan dikemukakan itu tidak akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan Negara.

“Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama,” katanya dipetik Berita Harian selepas merasmikan dua pameran seni di Muzium Kesenian Islam, di sini malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sepatutnya tidak ada kebimbangan sekiranya ada pandangan, termasuk daripada Sultan Johor mengenai perkara itu.

“Pandangan ini kita boleh bincang tapi dia (cadangan tersebut) tidak akan mempengaruhi asas dan prinsip negara kita mengenai Parlimen berperlembagaan,” kata Perdana Menteri.

Sebelum ini, media melaporkan Sultan Ibrahim mahu lebih banyak tanggungjawab diberi kepada YDPA, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan Petronas.

Sultan Ibrahim yang akan menjadi YDPA tidak lama lagi berkata dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen.

Baginda bertitah dengan meletakkan SPRM di bawah YDPA, maka ia akan dapat menjamin kebebasan suruhanjaya itu.

Titah itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan cadangan Sultan Johor tersebut dan beberapa perancangan lain apabila baginda menjadi Agong tidak boleh diambil ringan.

Dr Mahathir berkata sekalipun kuasa itu tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan, keinginan disampaikan Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait peranan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

Turut memberi reaksi, Peguam, Aidil Khalid yang menyifatkan cadangan berkenaan sebagai berbahaya dan wajar dibantah.

Aidil berkata meletakkan suruhanjaya terbabit, Petronas dan agensi penting lain di bawah Parlimen sekalipun bukan bersifat ideal kerana ahli politik juga belum tentu boleh diharapkan sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab (answerable) kepada pengundi mereka.

“Berbanding meletakkannya di bawah Agong, yang sama sekali tidak ‘answerable’ secara terus kepada rakyat. Tidak ada peruntukan untuk mewajibkan Agong menjawab soalan wakil rakyat di Parlimen atau di istana sekali pun,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending