Connect with us

Terkini

SPRM, Petronas di bawah pemantauan Agong cadangan bahaya, wajar dibantah – Peguam

Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas di bawah Yang di-Pertuan Agong bukan di bawah Parlimen disifatkan berbahaya dan wajar dibantah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar (kiri) dan Peguam, Aidil Khalid (kanan).
  • Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas di bawah Yang di-Pertuan Agong bukan di bawah Parlimen disifatkan berbahaya dan wajar dibantah.
  • Peguam, Aidil Khalid berkata meletakkan suruhanjaya terbabit, Petronas dan agensi penting lain di bawah Parlimen sekalipun bukan bersifat ideal kerana ahli politik juga belum tentu boleh diharapkan sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab (answerable) kepada pengundi mereka.
  • Katanya, sekiranya terdapat tatakelola yang salah ia juga boleh dipersoalkan dan dipertikaikan di mana kelompok berkenaan perlu menjawabnya secara terbuka di Parlimen.
  • “Berbanding meletakkannya di bawah Agong, yang sama sekali tidak ‘answerable’ secara terus kepada rakyat. Tidak ada peruntukan untuk mewajibkan Agong menjawab soalan wakil rakyat di Parlimen atau di istana sekali pun.
  • “Dan kita harus ingat, masalah rasuah bukan masalah orang politik sahaja, ia juga boleh melibatkan kerabat berdarah kuning juga, selain rakyat bawahan,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook hari ini.
  • Beliau mengulas laporan artikel tempatan berhubung Sultan Ibrahim mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan Petronas.

KUALA LUMPUR — Cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas di bawah Yang di-Pertuan Agong bukan di bawah Parlimen disifatkan berbahaya dan wajar dibantah.

Peguam, Aidil Khalid berkata meletakkan suruhanjaya terbabit, Petronas dan agensi penting lain di bawah Parlimen sekalipun bukan bersifat ideal kerana ahli politik juga belum tentu boleh diharapkan sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab (answerable) kepada pengundi mereka.

Katanya, sekiranya terdapat tatakelola yang salah ia juga boleh dipersoalkan dan dipertikaikan di mana kelompok berkenaan perlu menjawabnya secara terbuka di Parlimen.

“Manakala risiko kepentingan politik dapat dikurangkan dengan meletakkannya di bawah jawatankuasa dua-parti di Parlimen, melibatkan kerajaan dan pembangkang, dan bukan di bawah kerajaan semata-mata.

“Berbanding meletakkannya di bawah Agong, yang sama sekali tidak ‘answerable’ secara terus kepada rakyat. Tidak ada peruntukan untuk mewajibkan Agong menjawab soalan wakil rakyat di Parlimen atau di istana sekali pun.

“Dan kita harus ingat, masalah rasuah bukan masalah orang politik sahaja, ia juga boleh melibatkan kerabat berdarah kuning juga, selain rakyat bawahan,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook hari ini.

Beliau mengulas laporan artikel tempatan berhubung Sultan Ibrahim mahu lebih banyak tanggungjawab diberi kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM dan Petronas.

Sultan Ibrahim yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi berkata dua badan itu perlu melapor secara terus kepada Istana Negara berbanding Parlimen.

Baginda bertitah dengan meletakkan SPRM di bawah Agong, maka ia akan dapat menjamin kebebasan suruhanjaya itu.

Mengulas lanjut, Aidil mempersoalkan sama ada akan ada jaminan bahawa rakyat  kelak tidak akan dikenakan tindakan apabila membuat sebarang kritikan selepas ia diletakkan di bawah Agong.

“Bayangkan, jika syarikat-syarikat kroni kerabat tertentu ingin disiasat oleh SPRM atas projek-projek tertentu, tetapi SPRM pula duduk di bawah Agong yang tidak perlu melapor kepada mana-mana prosiding di Parlimen.

“Itu belum kita bincang lagi dari sudut keterbukaan dan kebebasan. Kalau letak di bawah Parlimen, rakyat boleh kritik; tapi jika letak di bawah Agong, apakah jaminan jika dikritik kelak, kereta patrol tidak sampai di halaman rumah, atau pintu tidak diketuk jam tiga pagi?” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aidil Khalid

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending