Connect with us

Terkini

Satu per lima tentera zionis Israel maut dibedil kereta kebal, ditembak sama sendiri

Satu per lima daripada tentera rejim zionis Israel yang terkorban dalam pencerobohan berterusan ke atas Gaza disebabkan tembakan sesama sendiri atau kesalahan sendiri.

A.R. Khan

Published

on

Satu per lima tentera zionis Israel maut dibedil kereta kebal, ditembak sama sendiri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu per lima daripada tentera rejim zionis Israel yang terkorban dalam pencerobohan berterusan ke atas Gaza disebabkan tembakan sesama sendiri atau kesalahan sendiri.
  • Perkara itu didedahkan tentera rejim Israel sendiri menerusi kenyataannya semalam, menyatakan 105 anggotanya terbunuh dalam operasi serangan darat di wilayah konflik itu.
  • NBC News yang memetik jurucakap tentera Israel menyifatkan 20 daripada kematian direkodkan itu sebagai “kemalangan”.
  • The Times of Israel melaporkan insiden tentera terbunuh disebabkan tembakan sesama sendiri adalah kerana salah identifikasi ketika serangan udara, bedilan kereta kebal dan tembakan senjata api.

KUALA LUMPUR – Satu per lima daripada tentera rejim zionis Israel yang terkorban dalam pencerobohan berterusan ke atas Gaza disebabkan tembakan sesama sendiri atau kesalahan sendiri.

Perkara itu didedahkan tentera rejim Israel sendiri menerusi kenyataannya semalam, menyatakan 105 anggotanya terbunuh dalam operasi serangan darat di wilayah konflik itu.

NBC News yang memetik jurucakap tentera Israel menyifatkan 20 daripada kematian yang direkodkan itu sebagai “kemalangan”.

13 daripada 20 kematian itu berpunca daripada tembakan sesama sendiri.

Enam berpunca daripada kemalangan lain berkaitan dengan “persenjataan, jentera dan jentera rempuh”, manakala satu daripada insiden kematian itu dilaporkan berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata.

The Times of Israel melaporkan insiden tentera terbunuh disebabkan tembakan sesama sendiri adalah kerana salah identifikasi ketika serangan udara, bedilan kereta kebal dan tembakan senjata api.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah kemelut berterusan tentang kesahihan laporan kematian tentera rejim pengganas Israel di wilayah konflik itu dengan laporan dari Hamas mendakwa kiraan kematian tentera lawan yang lebih tinggi.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18,412 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, manakala angka kematian disemak semula di Israel berjumlah 1,147 maut. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Isu UiTM: Bawa ke Majlis Raja-Raja dulu sebelum bincang di peringkat awam

Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar perundangan dan Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
  • Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.
  • Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana Perkara 38 Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang dasar dilakukan di bawah Perkara 153 sekiranya mahu diubah, perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja.
  • “Saya percaya perkara ini sebelum dibincangkan di peringkat awam hendaklah terlebih dahulu membawa perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebab itu peruntukan perlembagaan, bukan sengaja nak menyusahkan pertukaran polisi ataupun tidak tapi itu peruntukan yang kita ada.
  • “… itu mungkin cadangan dia tak apalah orang kata dia bercakap, tapi kita kena ingatkan bahawa untuk nak bercakap tentang UiTM dan Perkara 153 ini kena bincang dulu dengan Majlis Raja-Raja,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Codeblue pada April lalu bahawa anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera.
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas bahawa penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.

Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana Perkara 38 Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang dasar dilakukan di bawah Perkara 153 sekiranya mahu diubah, perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

“Saya percaya perkara ini sebelum dibincangkan di peringkat awam hendaklah terlebih dahulu membawa perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebab itu peruntukan perlembagaan, bukan sengaja nak menyusahkan pertukaran polisi ataupun tidak, tapi itu peruntukan yang kita ada.

“… itu mungkin cadangan dia tak apalah orang kata dia bercakap tapi kita kena ingatkan bahawa untuk nak bercakap tentang UiTM dan Perkara 153 ini kena bincang dulu dengan Majlis Raja-Raja. 

“… Saya cuma nak nyatakan bahawa undang-undang begitu jadi jangan kita bercakap sewenangnya tentang perubahan-perubahan yang perlu dilakukan ke atas undang-undang ataupun pentadbiran ataupun dasar di bawah 153 (Perlembagaan Persekutuan) saya nak ingatkan itu sahaja,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Codeblue pada April lalu bahawa anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera.

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas bahawa penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata pihak terbabit sepatutnya membawa ‘kertas’ atau mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, sekalipun mempunyai hujah dalam isu tersebut sama ada berkenaan kekurangan pakar perubatan atau sebagainya.

“Kalau kita nak kata (pelaksanaan cadangan) ini penting demi perkembangan semasa, demi menjaga kepentingan negara dan bagaimana UiTM juga mungkin boleh menyumbang kepada perkara-perkara yang kebaikan buat negara.

“Contohnya, beri kepakaran ataupun menerima kepakaran dan sebagainya jadi inilah sumbangan UiTM, walaupun kita sedar kepentingan itu, namun kita kena taat pada peruntukan perlembagaan itu

“Saya harap perbincangan lanjut tidak disuarakan dengan lantang dalam media sebelum perkara ini mendapat atau dikendalikan dengan mengikut peruntukan undang-undang,” kata Shamrahayu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending