Connect with us

Terkini

Netizen bukan Islam pertikai arahan henti berniaga di pasar malam Kedah pada waktu Maghrib

Netizen bukan Islam dilihat mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan berhenti berniaga di pasar malam ketika waktu solat Maghrib.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran dan komen netizen di Facebook Berita Mandarin 8TV.
  • Netizen bukan Islam dilihat mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan berhenti berniaga di pasar malam ketika waktu solat Maghrib.
  • Semalam, The Merdeka Times melaporkan Majlis Perbandaran Kulim mengeluarkan notis kepada semua penjaja pasar malam untuk menghentikan perniagaan lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.
  • Namun, arahan kerajaan negeri itu dipertikaikan sebahagian netizen bukan Islam di Facebook Berita Mandarin 8TV.
  • Terdapat netizen yang menganggap perkara itu adalah satu jenaka dan menyindir ibadah umat Islam.
  • Namun, netizen yang bernama Luqman memetik nama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di ruangan komen untuk melihat komen-komen yang menyentuh isu 3R (Raja, Bangsa, Agama).

KUALA LUMPUR – Netizen bukan Islam dilihat mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan berhenti berniaga di pasar malam ketika waktu solat Maghrib.

Semalam, The Merdeka Times melaporkan Majlis Perbandaran Kulim mengeluarkan notis kepada semua penjaja pasar malam untuk menghentikan perniagaan lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

Namun, arahan kerajaan negeri itu dipertikaikan sebahagian netizen bukan Islam di Facebook Berita Mandarin 8TV.

Terdapat netizen yang menganggap perkara itu adalah satu jenaka dan menyindir ibadah umat Islam.

“Satu dunia lihat jenaka Malaysia,” kata Vivian Lim.

Ada juga netizen yang seolah-olah menghina Islam dalam komen bahasa Mandarin di ruangan komen hantaran Facebook itu.

“Selepas baca ayat-ayat (Quran), berjuta-juta duit jatuh dari langit, mari solat,” tulis netizen lain.

Malah, ada yang menyifatkan Malaysia akan menjadi negara seperti Taliban.

“Teruknya, Malaysia jadi Taliban,” kata Christ Psyche.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook Berita Mandarin 8TV.

Ada juga netizen memetik nama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di ruangan komen untuk melihat komen-komen menyentuh isu 3R (Raja, Bangsa, Agama).

“Banyak ni 3R punya isu. Ada berani tak nak langgar? Agama kau ni kena hina macam itu saja,” kata netizen, Luqman Fikri. — The Merdeka Times

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook Berita Mandarin 8TV.

Sumber: Facebook Berita Mandarin 8TV

Author