Terkini
Nurul Izzah cadang kerajaan laksana gerakan boikot produk Israel
Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel boleh diguna pakai kerajaan dan rakyat negara ini sebagai tanda sokongan kepada Palestin, yang kini mengharungi kezaliman dan serangan rejim zionis Israel.

- Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan aktivis penjagaan kesihatan, Dr Yolanda Augustin dalam satu kenyataan berkata BDS dibuat bukan sahaja berdasarkan penyelidikan, malah diilhamkan gerakan anti aparteid Afrika Selatan, yang menggesa tekanan tanpa kekerasan ke atas Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa.
- “Dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai impak boikot ekonomi, adalah penting untuk melihat perkembangan terkini oleh negeri di seluruh Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada kempen gerakan BDS.
- “Sehingga kini, 27 negeri di AS menerima pakai undang-undang atau dasar yang menghukum sama ada perniagaan, organisasi atau individu yang menggesa boikot terhadap Israel, termasuk terhadap tindakan Israel dalam membina penempatan haram.
- “Tindak balas yang sudah dijangka ini menunjukkan betapa berkesannya kempen gerakan BDS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
KUALA LUMPUR: Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel boleh diguna pakai kerajaan dan rakyat negara ini sebagai tanda sokongan kepada Palestin, yang kini mengharungi kezaliman dan serangan rejim zionis Israel.
Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan aktivis penjagaan kesihatan, Dr Yolanda Augustin, jenama atau syarikat untuk diboikot yang disyorkan gerakan itu, bukan saja berdasarkan penyelidikan, malah diilhamkan gerakan anti aparteid Afrika Selatan, yang menggesa tekanan tanpa kekerasan ke atas Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai impak boikot ekonomi, adalah penting untuk melihat perkembangan terkini oleh negeri di seluruh Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada kempen gerakan BDS.
“Sehingga kini, 27 negeri di AS menerima pakai undang-undang atau dasar yang menghukum sama ada perniagaan, organisasi atau individu yang menggesa boikot terhadap Israel, termasuk terhadap tindakan Israel dalam membina penempatan haram.
“Tindak balas yang sudah dijangka ini menunjukkan betapa berkesannya kempen gerakan BDS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Nurul Izzah dan Dr Yolanda berkata, program pendidikan pasca siswazah kepada pelajar Palestin dalam pelbagai bidang, yang mendapat sokongan Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah, perlu diperkenal dan diperluas, selepas berakhir pada 2019.
Pada masa sama, projek di bawah Fugee School, terutama bagi pelajar Somalia dan Afghanistan, serta Malaysian Relief Agency (MRA), yang mengoperasikan satu daripada sekolah Rohingya tertua, antara lain Yayasan Chow Kit dan Baitul Mahabbah perlu mendapat sokongan sepadan serta penerimaan berprinsip untuk memastikan ia beroperasi secara mampan.
“Sesungguhnya, kita pasti boleh menjadi Malaysia yang lebih baik untuk Gaza dengan memberikan sokongan yang konsisten kepada mangsa pembunuhan beramai-ramai dan konflik, di dalam dan luar negara.
“Malaysia, harus mempertimbang membenarkan pekerjaan dan akses yang lebih luas kepada pendidikan untuk pelarian supaya mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna dan bermaruah.
“Mengikut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, dua daripada setiap tiga kanak-kanak pelarian masih tidak mempunyai akses kepada apa-apa jenis pendidikan,” katanya.
Nurul Izzah dan Dr Yolanda turut mencadangkan supaya Malaysia, bersama Indonesia dan Turkiye berikrar membina semula hospital, perpustakaan dan masjid di Palestin, yang disasar dan dimusnahkan peluru berpandu Israel.
Katanya, sejumlah RM100 juta yang dikumpul untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza dan dihantar secara berperingkat melalui Tabung Kemanusiaan menandakan langkah pertama yang penting, namun lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menamatkan “pembersihan etnik, hukuman kolektif dan jenayah perang” yang berterusan di Palestin.
“Sementara kita meneruskan gesaan untuk gencatan senjata segera bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat, kita boleh memulakan langkah untuk memperbaiki kehidupan rakyat Palestin dan pelarian yang masih ada di negara ini, sambil bertindak secara strategik untuk mengasingkan negara penyangak dari segi ekonomi,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas