Connect with us

Antarabangsa

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal – NGO

Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.

Wartawan TMT

Published

on

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal - NGO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
  • “Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak,” menurut organisasi itu dalam laman sesawang mereka.
  • 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sejak lebih sebulan lalu.
  • Laporan diterbitkan Save the Children pada Jun 2022 menunjukkan kesihatan mental kanak-kanak sudah mencapai tahap kritikal.
  • Sebanyak 80 peratus kanak-kanak dilaporkan sering berada dalam ketakutan, kebimbangan dan kesedihan. 

RAMALLAH — Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.

“Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak,” menurut organisasi itu dalam laman sesawang mereka.

Sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), infrastruktur awam terjejas termasuk 253 kemudahan pendidikan, 101 kemudahan kesihatan, 58 tempat ibadat, tiga kem pelarian dan lebih 40,000 unit kediaman.

Pakar perubatan di Gaza termasuk Medecins Sans Frontiers/Doctors without Borders menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kehilangan anggota keluarga yang sedang dirawat semakin ramai dan mereka ini diletakkan di bawah kategori “WCNSF” (Wounded Child No Surviving Family), menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pakar kesihatan mental Save the Children memberi amaran bahawa konflik di Gaza telah mendedahkan kanak-kanak kepada trauma.

“Tiada tempat selamat, tiada lagi jaminan keselamatan dengan ribuan orang hilang tempat tinggal.

Advertisement

“Kanak-kanak menghadapi pelbagai gejala trauma, termasuk kebimbangan, ketakutan, bimbangkan orang yang mereka kasihi, mimpi ngeri, insomnia dan memencilkan diri,” menurut kenyataan itu.

Sejak sekatan darat, udara dan laut dikenakan pada 2007, hak kehidupan kanak-kanak di Gaza  sudah dirampas, dihimpit dengan keganasan dan tiada lagi kebebasan yang hakiki.

Laporan yang diterbitkan oleh Save the Children pada Jun 2022 menunjukkan bahawa kesihatan mental kanak-kanak sudah mencapai tahap kritikal.

Sebanyak 80 peratus kanak-kanak dilaporkan sering berada dalam ketakutan, kebimbangan dan kesedihan. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending