Connect with us

Terkini

Gaza Freedom Flotilla: Misi tangguh lagi akibat tekanan Israel – FFC

Misi pelayaran Break The Siege: Mission To Gaza 2024 yang dirancang berlepas hari ini terpaksa ditangguhkan lagi berikutan gangguan rejim Israel yang terus-menerus menghalang pergerakan kapal-kapal terbabit dalam misi kali ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Freedom Flotilla (FFC) mendakwa rejim zionis sedang memberi tekanan hebat kepada Republik Guinea Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama digunakan dalam misi ini, Akdeniz.
  • “Hari ini kami menerima maklumat mengenai halangan terbaharu Israel dalam cubaan menghalang keberangkatan kami.
  • “Israel sedang menekan Republik Guinea Bissau untuk menarik balik benderanya dari kapal utama kami, Akdeniz (Mediterranean), kapal penumpang yang menyertai misi ini,” katanya dipetik media tempatan pada Jumaat.
  • Sekiranya Republik Guinea Bissau akur, maka kapal penumpang Akdeniz tidak boleh memulakan pelayaran kerana mengikut undang-undang, sepanjang pelayaran setiap kapal memasuki perairan antarabangsa perlu mengibarkan bendera negara di mana kapal itu didaftarkan.
  • Tarikh pelayaran asal ialah 21 April lalu, sebelum ia ditunda dua kali kepada 24 dan 26 April.

KUALA LUMPUR — Misi pelayaran Break The Siege: Mission To Gaza 2024 yang dirancang berlepas hari ini terpaksa ditangguhkan lagi berikutan gangguan rejim Israel yang terus-menerus menghalang pergerakan kapal-kapal terbabit dalam misi kali ini.

Gabungan Freedom Flotilla (FFC) mendakwa rejim zionis sedang memberi tekanan hebat kepada Republik Guinea Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama digunakan dalam misi ini, Akdeniz.

“Hari ini kami menerima maklumat mengenai halangan terbaharu Israel dalam cubaan menghalang keberangkatan kami.

“Israel sedang menekan Republik Guinea Bissau untuk menarik balik benderanya dari kapal utama kami, Akdeniz (Mediterranean), kapal penumpang yang menyertai misi ini,” katanya dipetik media tempatan pada Jumaat.

Sekiranya Republik Guinea Bissau akur, maka kapal penumpang Akdeniz tidak boleh memulakan pelayaran kerana mengikut undang-undang, sepanjang pelayaran setiap kapal memasuki perairan antarabangsa perlu mengibarkan bendera negara di mana kapal itu didaftarkan.

FFC berkata kerajaan Republik Guinea Bissau bertindak mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap kapal penumpang itu dijalankan susulan tekanan diterima.

“Ini mencetuskan permintaan pemeriksaan tambahan, kali ini oleh Republik Guinea Bissau, yang menyebabkan keberangkatan kami dirancang pada 26 April terpaksa ditangguh.

“Ini antara contoh halangan sengaja dilakukan Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza dan ini bukan kali pertama rejim Zionis cuba melakukannya,” katanya.

Terkini, media melaporkan 18 warga Malaysia menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotilla berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media yang  berkumpul di Istanbul sejak 18 April lalu untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” .

Tarikh pelayaran asal ialah 21 April lalu, sebelum ia ditunda dua kali kepada 24 dan 26 April. — The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending