Connect with us

Terkini

(VIDEO) Rakyat Palestin ‘tunggu’ dibunuh, tiada pasukan pengaman jadi pelindung – Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (kiri), Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (tengah) dan Shahril Hamdan (kanan).
  • Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.
  • “Di Bosnia, kita minta United Nation benar kita ada peacekeepers tetapi di Palestin tiada peacekeepers tiada orang yang nak lindung orang Palestin. Mereka terdedah kepada pembunuhan, mereka menunggu dibunuh,” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.
  • Tun Mahathir juga mengharapkan pemimpin Islam dapat bertindak seperti dulu yang apabila konflik berlaku mereka menyekat bekalan minyak dan mewujudkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada nilai kemanusiaan apabila seluruh dunia tidak berbuat apa-apa menyaksikan kezaliman rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin yang dibunuh termasuk kanak-kanak.

Dr Mahathir berkata tiada kelompok yang dapat melindungi rakyat Palestin yang ‘menunggu’ untuk dibunuh ketika ini susulan tiada pasukan pengamanan di negara itu.

Situasi itu dilihat berbeza dengan Bosnia yang sebelum ini turut berdepan penghapusan etnik namun mendapat pertolongan pasukan pengaman dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).

“Di Bosnia, kita minta United Nation benar kita ada peacekeepers tetapi di Palestin tiada peacekeepers tiada orang yang nak lindung orang Palestin. Mereka terdedah kepada pembunuhan, mereka menunggu dibunuh. 

“…I have lost faith in humanity. Humanity kata kita konon bertamadun, civilized. Civilized apa orang kena bunuh kita tengok? Oh tak! pasal Israel punya security, kalau dia (Israel) kononnya hilang 1,400, dia bunuh 10,000 orang (Palestin). 

“Tembak orang mati, rumah runtuh, penuh kanak-kanak terlekat di bawah runtuhan, apa jenis manusia ini yang sanggup berbuat demikian? Apa jenis tamadun dunia yang boleh melihat benda ini berlaku tetapi tidak berbuat apa-apa kerana takut kepada Amerika?” katanya menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pada Isnin.

Tun Mahathir juga mengharapkan pemimpin Islam dapat bertindak seperti satu ketika dahulu  yang apabila konflik berlaku mereka menyekat bekalan minyak dan mewujudkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Advertisement

I would tell them (OIC) to support Hamas, to support the Palestinians and to take action to stop Israel from killing people. Mass murder, massacre (pembunuhan beramai-ramai).

“Ini bukan satu benda yang dihalalkan. Dia satu jenayah yang cukup besar! Dan tiada keputusan lain yang boleh diterima daripada OIC ini selain daripada mengutuk Israel dan mencari jalan untuk hentikan proses genosid yang dilakukan,” katanya.

Negarawan itu turut berkata kebenaran tentang apa dikatakan beliau sekitar tahun 2003 berhubung bangsa Yahudi menguasai dunia cara proksi terbukti dengan pembunuhan lebih 10,000 rakyat Palestin namun seluruh dunia berdiam diri tentangnya.

“Kenapa tak buat apa? Kerana orang Yahudi menguasai Amerika Syarikat apabila Amerika Syarikat sokong tindakan Israel ini (bunuh rakyat Palestin) bermakna Amerika menurut kehendak Israel sebab itu saya kata Israel orang Yahudi menguasai Amerika Syarikat.

“Saya tak boleh fikir orang Amerika sanggup lihat pembunuhan beramai-ramai berlaku dan tidak peduli sebaliknya sokong Israel. Itu menunjukkan Israel kuasai dunia secara proxy yang (kita) nampak (hari ini) Amerika,” kata Tun Mahathir. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Keluar Sekejap

Advertisement

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending