Connect with us

Terkini

‘Ini pengajaran tak ternilai’, Pengasas Vern’s mohon maaf isu logo didakwa mirip kalimah Allah

Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas Vern's Holding Sdn Bhd (Vern's), Ng Chuan Hoo.
  • Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.
  • Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.
  • Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.
  • “Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya,  hari ini.

KUALA LUMPUR — Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah adalah pengajaran tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui beliau faham isu berkenaan  tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.

Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo ingin dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.

“Saya faham, (isu ini) tak menggembirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik Berita Harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau hadir pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan mengenai isu penjualan kasut dikeluarkan syarikatnya yang didakwa tertera logo mirip kalimah Allah pada tapak.

Proses mengambil keterangan berlangsung kira-kira sejam sebelum lelaki berusia 51 tahun itu keluar meninggalkan ibu pejabat JAKIM.

Ahli perniagaan itu berkata pihaknya akan belajar daripada kesilapan berlaku dan memberi jaminan akan lebih sensitif pada masa depan.

“Saya nak belajar dari kesalahan ini supaya pada masa depan akan lebih sensitif dan berhati-hati. Kita perlu hormat antara satu sama lain walaupun ini sebenarnya salah faham,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan merampas 1,145 pasang kasut wanita bertumit tinggi yang didakwa tertera tulisan mirip kalimah Allah selepas tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata  rampasan itu dilakukan di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

“Sememangnya, dia display kat Vern (kedai jualan), maka penjual atau pengusaha pengeluar produk itu kita akan panggil dan setakat 7 malam tadi (Ahad) kita sudah menerima lapan laporan polis mengenai isu kasut ini,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending