Connect with us

Antarabangsa

Angka kematian gempa bumi Maghribi meningkat lebih 2,800 mangsa

Penduduk kampung di Maghribi yang musnah akibat gempa bumi terbesar di negara itu dalam tempoh lebih satu abad, berkhemah di luar untuk malam keempat pasca bencana itu.

Wartawan TMT

Published

on

Angka kematian gempa bumi Maghribi meningkat lebih 2,800 mangsa
Foto: Situasi semasa di Maghribi.
  • Penduduk kampung di Maghribi yang musnah akibat gempa bumi terbesar di negara itu dalam tempoh lebih satu abad, berkhemah di luar untuk malam keempat pasca bencana itu.
  • Ketika ini jumlah kematian meningkat kepada lebih 2,800 orang, setakat Isnin.
  • Pasukan pencari dari Sepanyol, Britain dan Qatar menyertai usaha Maghribi  mencari mangsa terselamat daripada gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda Pergunungan Atlas Tinggi lewat Jumaat.
  • TV kerajaan melaporkan, angka kematian meningkat kepada 2,862, dengan 2,562 orang cedera. Kebanyakan zon gempa berada di kawasan yang sukar dicapai, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang anggaran untuk jumlah mangsa hilang.

TALAT N’YAAQOUB, MAGHRIBI: Penduduk kampung di Maghribi yang musnah akibat gempa bumi terbesar di negara itu dalam tempoh lebih satu abad, berkhemah di luar untuk malam keempat pasca bencana itu.

Ketika ini jumlah kematian meningkat kepada lebih 2,800 orang, setakat Isnin.

Pasukan pencari dari Sepanyol, Britain dan Qatar menyertai usaha Maghribi untuk mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda Pergunungan Atlas Tinggi lewat Jumaat.

TV kerajaan melaporkan, angka kematian meningkat kepada 2,862, dengan 2,562 orang cedera. Kebanyakan zon gempa berada di kawasan yang sukar dicapai, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang anggaran untuk jumlah yang mangsa hilang.

Di kampung Tinmel, hampir setiap rumah hancur dan seluruh masyarakat kehilangan tempat tinggal.

Bau busuk kematian akibat berpuluh-puluh haiwan yang tertimbus di bawah runtuhan mula menusuk hidung.

Mouhamad Elhasan, 59, berkata, dia sedang makan malam bersama keluarganya ketika gempa bumi melanda.

Anak lelakinya yang berusia 31 tahun melarikan diri ke luar dan dihempap apabila bumbung jirannya runtuh, menyebabkan dia terperangkap di bawah runtuhan.

Elhasan berkata, dia mencari anaknya sambil menangis meminta tolong.

Tetapi akhirnya tangisan itu berhenti apabila dia menjumpai anaknya yang telah mati.

Elhasan, isteri dan anak perempuannya kekal di dalam rumah mereka dan terselamat.

“Jika dia tinggal di dalam rumah, dia akan selamat,” kata Elhasan.

Di Tinmel dan di kampung lain, penduduk berkata, mereka telah menarik orang keluar dari runtuhan dengan tangan kosong.

Di Tikekhte, Mohamed Ouchen yang berusia 66 tahun menggambarkan bagaimana penduduk menyelamatkan 25 orang dan salah seorang daripadanya adalah kakaknya.

“Kami sibuk menyelamat. Kerana tiada alatan, kami menggunakan tangan,” katanya.

Rakaman dari kampung terpencil Imi N’Tala oleh penyelamat Sepanyol Antonio Nogales dari kumpulan bantuan Petugas Bomba Tanpa Sempadan Bersatu, menunjukkan seorang lelaki dan anjing memanjat di atas cerun curam yang dilitupi runtuhan.

“Tahap kemusnahan adalah… mutlak,” kata Nogales pada Isnin.

Dia kelihatan bergelut untuk mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dilihatnya.

“Tiada satu rumah pun yang berdiri tegak,” katanya.

Walaupun dengan skala kerosakan, beliau berkata, penyelamat yang mencari dengan anjing masih berharap untuk mencari mangsa yang terselamat.

Pusat gempa adalah kira-kira 72 km barat daya Marrakesh, di mana beberapa bangunan bersejarah di bandar lama itu, Tapak Warisan Dunia UNESCO, telah rosak.

Gempa itu juga menyebabkan kerosakan besar pada Masjid Tinmel abad ke-12 yang penting dari segi sejarah.

Bahagian yang lebih moden di Marrakesh sebahagian besarnya selamat tanpa sebarang kerosakan, termasuk tapak berhampiran lapangan terbang yang diperuntukkan untuk mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang akan diadakan bulan depan.

Selepas respons awal yang disifatkan sebagai terlalu perlahan oleh sesetengah mangsa yang terselamat, khemah-khemah muncul di beberapa lokasi menjelang malam Isnin ketika orang ramai menghabiskan malam keempat di luar rumah.

Tentera berkata, mereka sedang memperkasakan pasukan mencari dan menyelamat, menyediakan air minuman dan mengagihkan makanan, khemah serta selimut.

Sebuah jalan utama yang menghubungkan Pergunungan Atlas Tinggi ke Marrakesh tersekat ketika kenderaan berat dan sukarelawan yang membawa bekalan bantuan menuju ke beberapa komuniti yang paling teruk terjejas.

Sukarelawan dan orang awam Maghribi, dibantu oleh beberapa warga asing melalui bantuan mengarahkan lalu lintas dan membersihkan jalan daripada serpihan batu.

Maghribi telah menerima tawaran bantuan dari Sepanyol dan Britain, yang kedua-duanya menghantar pakar mencari dan menyelamat dengan anjing penghidu serta dari Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.

Algeria telah memperuntukkan tiga pesawat untuk mengangkut anggota penyelamat dan bantuan.

TV kerajaan berkata, kerajaan Maghribi mungkin menerima tawaran bantuan daripada negara lain juga.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending