Connect with us

Terkini

Sekarang zaman DAP dominasi politik Malaysia – KJ

Rakyat Malaysia ketika ini berada dalam zaman hegemoni (dominasi) politik DAP memandangkan pengundi Melayu telah berpecah kepada empat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengulas mengenai kerjasama DAP dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

Sekarang zaman DAP dominasi politik Malaysia – KJ
Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Rakyat Malaysia ketika ini berada dalam zaman hegemoni (dominasi) politik DAP memandangkan pengundi Melayu telah berpecah kepada empat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengulas mengenai kerjasama DAP dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan Perpaduan.
  • Menurut Khairy, perpecahan orang Melayu akan menyumbang kepada keselesaan DAP untuk terus menang di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
  • Perkara itu juga jelas Khairy akan terus menguatkan DAP sekiranya pertambahan kerusi Parlimen di kawasan bandar dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “DAP akan terus menang selesa di kawasan-kawasan bandar majoriti Cina. Jika Perlembagaan dipinda nanti untuk menambahkan kerusi Parlimen, sudah pasti yang akan ditambah adalah kawasan-kawasan di bandar.
  • “Realiti sekarang, DAP boleh buat apa sahaja termasuk bekerjasama dengan Ahmad Zahid dan pengundi Cina akan tetap memberi lebih 95 peratus sokongan kepada parti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakyat Malaysia ketika ini berada dalam zaman hegemoni (dominasi) politik DAP memandangkan pengundi Melayu telah berpecah kepada empat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengulas mengenai kerjasama DAP dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Khairy, perpecahan orang Melayu akan menyumbang kepada keselesaan DAP untuk terus menang di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Perkara itu juga jelas Khairy akan terus menguatkan DAP sekiranya pertambahan kerusi Parlimen di kawasan bandar dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“DAP akan terus menang selesa di kawasan-kawasan bandar majoriti Cina. Jika Perlembagaan dipinda nanti untuk menambahkan kerusi Parlimen, sudah pasti yang akan ditambah adalah kawasan-kawasan di bandar.

“Realiti sekarang, DAP boleh buat apa sahaja termasuk bekerjasama dengan Ahmad Zahid dan pengundi Cina akan tetap memberi lebih 95 peratus sokongan kepada parti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kebanyakan pengundi Cina ketika ini tidak mempunyai ‘sempadan merah’ dalam bentuk isu rasuah kerana setia pada DAP.

Beliau berkata, pengundi Cina akan tetap menyokong DAP dan calon-calon parti itu sekalipun slogan ‘Malaysian Malaysia’ dibuang.

Advertisement

“Kalau ada pun pengundi Cina yang sedikit kecewa, mereka tidak akan keluar mengundi seperti dalam pilihan raya kecil (PRK) Pulai. Itu sahaja. 

“Jika senario pilihan raya umum (PRU), mereka pasti akan keluar dan mengundi DAP sebab pertaruhan lebih besar dan penting berbanding PRK,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut melihat alasan kebanyakan pengundi Cina mengundi DAP kerana tidak mempunyai pilihan yang ‘viable’ adalah tidak relevan.

Perkara itu menurut beliau kerana pengundi Cina mempunyai pilihan yang lebih baik pada PRU13 iaitu penggal pertama Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Penggal pertama Najib Razak dikenali dengan pendekatan liberal. 1Malaysia, liberalisasi ekonomi, peruntukan tambahan untuk sekolah-sekolah Cina, Najib pukul gendang Cina dalam video dan lain-lain. 

“Ini semua sebelum skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), tapi pengundi Cina masih memberi undi pada DAP sehingga Utusan Malaysia keluarkan headline “Apa lagi Cina mahu?” yang dikecam hebat. 

Advertisement

“Masa PRN 2023 ada pilihan ‘kuasa ketiga’ MUDA yang antara lain menolak kerjasama dengan Zahid, pun pengundi Cina tidak layan. Saya rasa tidak akan ada pilihan lain yang viable mungkin untuk 40-50 tahun lagi,” katanya.

Sumber: Utusan TV

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending