Connect with us

Antarabangsa

Gadis 23 tahun maut dipukul menggunakan botol bir di luar stadium 

Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.

Wartawan TMT

Published

on

Gadis 23 tahun maut dipukul menggunakan botol bir di luar stadium 
Foto: Perkarangan luar Stadium Allianz Parque.
  • Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.
  • Mangsa kepada insiden pergaduhan di antara penyokong Palmeiras dan Flamengo itu malangnya belum sempat memasuki stadium untuk melihat perlawanan itu.
  • Mirror melaporkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan insiden pergaduhan di luar stadium iaitu tempat di mana Gabriela beratur untuk memasuki stadium itu.
  • Dengan bantuan paramedik, gadis berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan akibat kecederaan arteri lehernya, tetapi disahkan meninggal dunia dua hari berikutnya pada pagi 10 Julai lalu.

Gabriela Anelli Marchiano, 23, meninggal dunia selepas dipukul menggunakan botol bir dalam insiden pergaduhan di luar Stadium Allianz Parque, Brazil.

Mangsa kepada insiden pergaduhan di antara penyokong Palmeiras dan Flamengo itu malangnya belum sempat memasuki stadium untuk melihat perlawanan itu.

Mirror melaporkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan insiden pergaduhan di luar stadium iaitu tempat di mana Gabriela beratur untuk memasuki stadium itu.

Dengan bantuan paramedik, gadis berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan akibat kecederaan arteri lehernya, tetapi disahkan meninggal dunia dua hari berikutnya pada pagi 10 Julai lalu.

Seorang jurucakap persatuan penyokong Palmeiras bercakap sehari sebelum kematiannya: “Terdapat pergaduhan sebelum perlawanan semalam di luar Allianz dan Gabriela dipukul di leher dengan serpihan botol mengena arterinya”.

Katanya, “kita tidak dapat menerima bahawa seorang gadis 23 tahun menjadi mangsa keganasan dalam persekitaran yang sepatutnya memberikan hiburan”.

Dilcilene dos Santos, ibunya yang bersedih berkata: “mereka merampas anak gadis kami daripada kami.”

“Gabriela cahaya saya, hidup saya, gadis kecil saya dan seorang pejuang sejak kecil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, berjuang sehingga saat akhir di ICU.

Ibunya berkata: “Akhirnya, bukan masalah kesihatan yang membunuhnya tetapi sebuah sebotol”.

Sumber: Mirror

Author

Antarabangsa

Derita ekonomi perang Gaza, Samsung Next tarik diri dari Israel

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.
  • Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.
  • “Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.
  • Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.
  • Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.

“Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.

Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.

Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Amaran berkenaan pertumbuhan Israel melarat sejak permulaan serangannya ke atas Gaza dengan penguncupan ekonomi hampir 20 peratus dalam tempoh suku terakhir 2023.

Industri pelancongan Israel juga dilaporkan terjejas disebabkan peperangan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending