Terkini
Wanita ditahan muat naik gambar sentuh sensitiviti agama
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak pada hari Selasa kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.

- Polis menahan seorang wanita tempatan di Gombak kerana disyaki memuat naik kandungan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.
- Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dipercayai telah memuat naik gambar kalimah Allah yang ditatu di badan seorang wanita.
- Noorsiah berkata kes wanita berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak pada hari Selasa kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dipercayai telah memuat naik gambar kalimah Allah yang ditatu di badan seorang wanita.
“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim daripada wanita berkenaan dan beliau direman selama tiga hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Noorsiah berkata kes wanita berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan,” katanya.
Beliau berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular