Connect with us

Antarabangsa

Target tarik balik, alih keluar koleksi produk LGBTQ dari rangkaian kedainya

Pembekal runcit Amerika Syarikat (AS), Target mengalih keluar beberapa item daripada siri Koleksi Pride LGBTQ mereka selepas menerima ancaman dan berlaku konfrontasi di beberapa cawangan kedainya.

Wartawan TMT

Published

on

Target tarik balik, alih keluar koleksi produk LGBTQ dari rangkaian kedainya
Foto: Pembekal runcit Amerika Syarikat (AS), Target.
  • Peruncit Amerika Syarikat (AS), Target menarik balik dan mengalih keluar beberapa item daripada siri Koleksi Pride LGBTQ disebabkan ancaman diterima.
  • Target pada Selasa mengumumkan tindakan itu untuk melindungi pekerjanya selepas berlaku insiden di beberapa kedai daripada 2,000 rangkaian kedai miliknya.
  • Di beberapa negeri, Target memindahkan barangan koleksi Pride ke bahagian belakang kedai mereka.
  • Terdapat 2,000 item termasuk barangan bermotifkan pelangi, kemeja-T bertulis “love is love”, cawan tertulis “gender fluid”, buku kanak-kanak bertajuk “Bye Bye, Binari,” “Pride 1,2,3” dan “Saya bukan seorang gadis” dalam koleksi itu.
  • Produk yang ditarik balik Target sedang dikeluarkan dari semua cawangan kedainya di AS dan laman webnya.

Pembekal runcit Amerika Syarikat (AS), Target mengalih keluar beberapa item daripada siri Koleksi Pride LGBTQ mereka selepas menerima ancaman dan berlaku konfrontasi di beberapa cawangan kedainya.

Target pada Selasa mengumumkan tindakan itu untuk melindungi pekerjanya selepas berlaku insiden di beberapa kedai daripada 2,000 rangkaian kedai miliknya.

Di beberapa negeri, Target berkata mereka memindahkan barangan koleksi Pride ke bahagian belakang kedai mereka.

Koleksi 2,000 item itu termasuk barangan bermotifkan pelangi dan kemeja-T bertulis “love is love”.

Item lain termasuk cawan “gender fluid” dan buku kanak-kanak bertajuk “Bye Bye, Binari,” “Pride 1,2,3” dan “Saya bukan seorang gadis”

“Sejak memperkenalkan koleksi (Pride) untuk tahun ini, kami menerima ancaman yang menjejaskan keselamatan dan ketenteraman pekerja kami sewaktu bekerja,” kata Target dalam satu kenyataan.

“Memandangkan situasi tidak menentu, kami akan membuat pelarasan pada rancangan kami, termasuk mengalih keluar item utama yang menjadi punca konfrontasi tingkah laku ini,” katanya.

Seorang jurucakap berkata terdapat peningkatan dalam insiden barangan Pride dicampak ke lantai.

Produk yang ditarik balik Target sedang dikeluarkan dari semua cawangan kedainya di AS dan laman webnya, kata jurucakap itu kepada agensi berita Reuters.

Sumber: BBC 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending