Connect with us

Terkini

Terjemahkan solidariti Palestin dengan cara betul, jangan terbabit keganasan – KPN

Bukit Aman meminta rakyat Malaysia yang menyokong rakyat Palestin menterjemahkan solidariti mereka menerusi cara betul, bukan dengan terbabit sebarang kegiatan keganasan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas atau militan, namun pihaknya akan memastikan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam perjuangan Hamas hingga mengancam keselamatan diri.
  • “Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat negara ini agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik antaranya Gaza atas alasan ‘berjihad’.
  • “Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian, semalam.

KUALA LUMPUR — Bukit Aman meminta rakyat Malaysia yang menyokong rakyat Palestin menterjemahkan solidariti mereka menerusi cara betul, bukan dengan terbabit sebarang kegiatan keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas atau militan, namun pihaknya akan memastikan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam perjuangan Hamas hingga mengancam keselamatan diri.

“Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat negara ini agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik antaranya Gaza atas alasan ‘berjihad’.

“Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian, semalam.

Razarudin berkata pihaknya sebelum ini, ada menegaskan rakyat negara ini perlu menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin, namun keselamatan mereka yang berusaha memberikan sokongan turut menjadi keutamaan.

“Kita akan pastikan mereka yang pergi ke Rafah hanya untuk tujuan menghantar bantuan kemanusiaan dan keperluan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau juga memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pergerakan dan sebarang aktiviti mempunyai kaitan keganasan sama ada di dalam atau luar negara.

Katanya, PDRM melalui Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan dan risikan dalam memastikan keselamatan negara terjamin daripada unsur keganasan.

“PDRM sentiasa mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan aktiviti kumpulan pengganas menular sehingga boleh mengancam keamanan negara.

“Kita sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang pergerakan atau aktiviti yang dikaitkan pengganas dalam memastikan keamanan dan keselamatan dilindungi daripada anasir jahat,” katanya.

Mengenai senarai tiga pemimpin NGO Islam di Malaysia disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending