Terkini
Pencabulan hak asasi wanita dan gadis Palestin mengejutkan – Pakar PBB
Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan kukuh berlakunya pencabulan hak asasi manusia yang kritikal, dihadapi wanita dan gadis Palestin di wilayah Gaza dan Tebing Barat.

- Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan kukuh berlakunya pencabulan hak asasi manusia yang kritikal, dihadapi wanita dan gadis Palestin di wilayah Gaza dan Tebing Barat.
- Pakar-pakar itu dikejutkan dengan laporan berkaitan serangan yang disengajakan dan pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang ke atas wanita dan kanak-kanak Palestin.
- “Dalam salah satu insiden, wanita Palestin yang ditahan di Gaza didakwa ditahan di dalam sangkar di bawah hujan dan kesejukan, tanpa makanan.
- “Kami sangat tertekan dengan laporan mengenai wanita dan gadis Palestin dalam tahanan juga mengalami pelbagai bentuk serangan seksual, seperti dibogelkan dan digeledah oleh pegawai tentera lelaki Israel,” kata pakar tersebut dipetik agensi berita Anadolu.
- Pakar turut menyatakan sekurang-kurangnya dua tahanan wanita Palestin dilaporkan dirogol, manakala yang lain didakwa diancam dengan rogol dan keganasan seksual.
Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan kukuh berlakunya pencabulan hak asasi manusia yang kritikal, dihadapi wanita dan gadis Palestin di wilayah Gaza dan Tebing Barat.
Pakar-pakar itu dikejutkan dengan laporan berkaitan serangan yang disengajakan dan pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang ke atas wanita dan kanak-kanak Palestin.
“Dalam salah satu insiden, wanita Palestin yang ditahan di Gaza didakwa ditahan di dalam sangkar di bawah hujan dan kesejukan, tanpa makanan.
“Kami sangat tertekan dengan laporan mengenai wanita dan gadis Palestin dalam tahanan juga mengalami pelbagai bentuk serangan seksual, seperti dibogelkan dan digeledah oleh pegawai tentera lelaki Israel,” kata pakar tersebut dipetik agensi berita Anadolu semalam.
Pakar turut menyatakan sekurang-kurangnya dua tahanan wanita Palestin dilaporkan dirogol, manakala yang lain didakwa diancam dengan rogol dan keganasan seksual.
Mereka turut memberitahu bahawa beberapa wanita yang dilaporkan memegang kain putih dibunuh tentera Israel atau pasukan gabungan mereka.
Pakar terlibat adalah pelapor khas keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, Reem Alsalem; pelapor khas mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Francesca Albanese; Dorothy Estrada Tanck (Pengerusi), Claudia Flores, Ivana Krstić, Haina Lu dan Laura Nyirinkindi, daripada kumpulan kerja diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Pakar-pakar itu melahirkan kebimbangan mendalam berkenaan penahanan sewenang-wenangnya ratusan wanita dan gadis Palestin.
Penahanan itu turut melibatkan aktivis pembela hak asasi manusia, wartawan dan pekerja kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times
