Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Wartawan wanita UK bersikap rasis, ‘histeria’ semasa wawancara ahli politik Palestin

Pengawal selia badan penyiaran United Kingdom (UK), Ofcom digesa melakukan siasatan ke atas seorang penyampai televisyen UK yang bersikap ‘rasis’ dalam wawancaranya dengan seorang ahli politik Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Wartawan wanita UK bersikap rasis, ‘histeria’ semasa wawancara ahli politik Palestin
Foto: Penyampai televisyen UK, Julia Hartley-Brewer (kiri) & Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti (kanan).

Pengawal selia badan penyiaran United Kingdom (UK), Ofcom digesa melakukan siasatan ke atas seorang penyampai televisyen UK yang bersikap ‘rasis’ dalam wawancaranya dengan seorang ahli politik Palestin.

Gesaan itu disuarakan netizen terhadap wartawan, Julia Hartley-Brewer yang menemubual Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti di TalkTV pada Rabu lalu.

Semasa temu bual, wartawan wanita itu jelas tidak menyukai jawapan Barghouti dengan berkata, “kami tidak mempunyai masa untuk (menyentuh) keseluruhan sejarah Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel), yang bukannya tokoh popular di Israel!”

“Tolong jangan katakan itu lagi, kami tidak mempunyai masa untuk itu, anda sudah membuat perkara itu lima kali,” katanya dipetik agensi Middle East Eye merujuk kepada penjelasan Barghouti untuk memberi konteks dalam jawapannya.

“Saya tidak tahu anda (Hartley-Brewer) mempunyai masa untuk apa?,” kata Barghouti yang kemudiannya dibalas wartawan wanita itu dalam nada suara tinggi.

“Demi Tuhan, izinkan saya menghabiskan satu ayat, tuan! Mungkin anda tidak biasa dengan wanita bercakap, saya tidak tahu, tetapi saya ingin menghabiskan ayat itu!,” kata Hartley-Brewer.

Barghouti menegaskan temu bual itu telah mengelirukan orang ramai sebelum menjawab secara ringkas soalan susulan.

“Maaf kerana menjadi wanita yang bercakap dengan anda, tetapi begitulah keadaannya,” kata Hartley-Brewer mengakhiri segmen itu yang menunjukkan beliau tidak berpuas hati.

Klip video itu disiarkan di platform media sosial X dengan beberapa komentar dan pengguna media sosial mengecam kelakuan wartawan wanita itu.

“Tidak kira siapa yang ditemu bual, penyampai tidak sepatutnya histeria seperti itu. 

“Pada kesempatan ini, anda juga telah menambah perkauman yang bertopengkan feminisme,” kata ahli akademik, Lina Khatib di X.

“Keangkuhan seorang wartawan perkauman dan tidak profesional,” kata Barghouti, turut memberi komen di X selepas wawancara itu.

Dalam reaksi balasnya, Ofcom memberitahu Middle East Eye bahawa mana-mana program menerima lebih 50 aduan akan dimuatkan dalam berita aduan mingguannya yang diterbitkan setiap Rabu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending