Connect with us

Terkini

Perjanjian WHO CA+, IHR 2005: Negara tidak hilang kedaulatan – Pakar Perubatan

Perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu untuk meningkatkan kerjasama dan solidariti antara negara-negara dalam menangani krisis kesihatan global yang semakin mencabar.

Hidayah Sani

Published

on

Perjanjian WHO CA+, IHR 2005: Negara tidak hilang kedaulatan – Pakar Perubatan
Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • Perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu untuk meningkatkan kerjasama dan solidariti antara negara-negara dalam menangani krisis kesihatan global yang semakin mencabar.
  • Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada negara kurang berkemampuan untuk menghadapi krisis kesihatan dengan menyediakan akses lebih adil dan berkesan kepada vaksin, ubat-ubatan dan teknologi kesihatan.
  • “Perjanjian CA+ dan IHR 2005 tidak menyebabkan negara Malaysia hilang kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong akan terlucut kerana perjanjian-perjanjian ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
  • Senada dengan Suhazeli, Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar menegaskan IHR penting untuk kesamarataan dan kesiapsiagaan dalam menangani masalah kesihatan global, khususnya jika berlaku pandemik pada masa depan.

KUALA LUMPUR —- Perjanjian Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) perlu untuk meningkatkan kerjasama dan solidariti antara negara-negara dalam menangani krisis kesihatan global yang semakin mencabar.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada negara kurang berkemampuan untuk menghadapi krisis kesihatan dengan menyediakan akses lebih adil dan berkesan kepada vaksin, ubat-ubatan dan teknologi kesihatan.

“Inisiatif-inisiatif yang dikemukakan dalam perjanjian itu tidak akan melucutkan kuasa dan kedaulatan negara-negara, tetapi sebaliknya akan mengukuhkan peranan dan tanggungjawab negara-negara dalam sistem kesihatan global yang lebih selaras dan bersepadu.

“Perjanjian CA+ dan IHR 2005 tidak menyebabkan negara Malaysia hilang kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong akan terlucut kerana perjanjian-perjanjian ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Suhazeli berkata perjanjian itu tidak memberi kuasa kepada WHO untuk mengambil alih pemerintahan atau membuat keputusan bagi pihak negara-negara, sebaliknya ia menetapkan tanggungjawab dan kewajipan negara-negara untuk melaporkan peristiwa kesihatan awam, menubuhkan dan mengekalkan keupayaan asas.

Katanya, perkara itu bertujuan untuk pengawasan dan tindak balas serta bekerjasama dengan WHO dan negara lain dalam menguruskan risiko kesihatan.  

“Oleh itu, perjanjian IHR adalah suatu mekanisme yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kesihatan global dan melindungi hak asasi manusia, bukan menyekatnya.

Advertisement

“Tidak benar jika ada pihak mendakwa perjanjian IHR akan memaksa masyarakat dicucuk vaksin. 

“IHR tidak akan memaksa pengambilan vaksin, tetapi hanya memberi peluang kepada WHO untuk menyediakan bantuan teknikal, saranan dan panduan kepada negara-negara terlibat,” katanya yang turut memaklumkan perjanjian WHO CA+ masih dalam peringkat rancangan dan belum ditandatangani mana-mana negara. 

Senada dengan Suhazeli, Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Amirul Amzar menegaskan IHR penting untuk kesamarataan dan kesiapsiagaan dalam menangani masalah kesihatan global, khususnya jika berlaku pandemik pada masa depan.

Amirul turut mengingatkan masyarakat agar tidak terpedaya dengan dakyah yang mengatakan negara akan hilang kedaulatan menerusi perjanjian itu.

“Buat yang bertanya tentang IHR, ini penjelasan yang tuntas. IHR penting untuk kesamarataan dan kesiapsiagaan dalam menangani masalah kesihatan global, khususnya jika berlaku pandemik lagi.

“Jangan mudah terperdaya dengan dakyah bahawa negara akan hilang kedaulatan. Ia tidak akan berlaku kerana perjanjian ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan yang meletakkan YDPA sebagai Ketua Negara. Yang sebar dakyah ni bukan ahli pun,” katanya yang turut berkongsi hantaran Suhazeli di Facebook, semalam.

Advertisement

Sebelum ini, media melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambil alih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr Suhazeli Abdullah Baru, Amirul Amzar

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending