Antarabangsa
Israel tangguh ceroboh Gaza
Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan darat ke atas Gaza buat masa ini bagi membolehkan Amerika Syarikat (AS) menghantar pertahanan peluru berpandu bagi melindungi pasukan tenteranya di wilayah itu.

- Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan darat ke atas Gaza buat masa ini bagi membolehkan Amerika Syarikat (AS) menghantar pertahanan peluru berpandu bagi melindungi pasukan tenteranya di wilayah itu.
- Perkara itu dinyatakan dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kenyataan pegawai AS dan Israel.
- Israel juga sedang mempertimbangkan rancangan membekalkan bantuan kemanusiaan di dalam Gaza dan usaha diplomatik untuk membebaskan tebusan.
- “Ancaman terhadap tentera AS menjadi kebimbangan utama kami,” jelas laporan itu.
- AS dan pegawai lain percaya pasukan tentera mereka akan menjadi sasaran kumpulan pejuang sebaik sahaja Israel melancarkan serangan darat ke atas wilayah Palestin itu.
WASHINGTON: Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan darat ke atas Gaza buat masa ini bagi membolehkan Amerika Syarikat (AS) menghantar pertahanan peluru berpandu bagi melindungi pasukan tenteranya di wilayah itu.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kenyataan pegawai AS dan Israel.
Menurut laporan WSJ, pegawai AS berjaya memujuk Israel untuk menangguhkan serangan itu sehingga sistem pertahanan udara AS ditempatkan di wilayah itu yang dijangkakan pada akhir minggu ini.
Jelas laporan itu, Israel juga sedang mempertimbangkan rancangan membekalkan bantuan kemanusiaan di dalam Gaza dan usaha diplomatik untuk membebaskan tebusan.
“Ancaman terhadap tentera AS menjadi kebimbangan utama kami,” jelas laporan itu.
Tambah WSJ, Washington sedang berusaha mengerahkan kira-kira 12 sistem pertahanan udara termasuk bagi pasukan tentera yang berkhidmat di Iraq, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tambah laporan itu, AS dan pegawai lain percaya pasukan tentera mereka akan menjadi sasaran kumpulan pejuang sebaik sahaja Israel melancarkan serangan darat ke atas wilayah Palestin itu.
Sebelum ini, Reuters melaporkan Washington menasihatkan Israel untuk menangguhkan serangan darat di Semenanjung Gaza dan sentiasa memaklumkan Qatar mengenai rundingan itu.
Minggu lalu, laporan Reuters memaklumkan Pentagon merancang untuk menghantar dua sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome ke Israel bagi membantu mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu, serta sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) bersama batalion tambahan sistem peluru berpandu pertahanan udara ke Asia Barat.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas