Terkini
Dakwa segera ahli politik terlibat judi dalam talian – CAP
Ahli politik terlibat dengan perjudian haram dalam talian perlu dibawa ke muka pengadilan dan didakwa dengan segera, demikian desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
- Ahli politik terlibat dengan perjudian haram dalam talian perlu dibawa ke muka pengadilan dan didakwa dengan segera, demikian desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
- Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata kegiatan buruk itu adalah perkara yang sangat serius kerana ia menimbulkan ancaman ekonomi dan keselamatan kepada negara.
- “Adalah menjadi harapan kami agar SPRM terus memandang serius perkara ini dan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Siasatan harus diselesaikan secepat mungkin, dan ahli politik yang terlibat dalam kes didakwa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
- Pada 15 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan perjudian dalam talian haram di negara ini dinaungi pemimpin politik dan ia menjadi kekangan terbesar kepada Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan kerajaan untuk membanteras jenayah berkenaan.
KUALA LUMPUR — Ahli politik terlibat dengan perjudian haram dalam talian perlu dibawa ke muka pengadilan dan didakwa dengan segera, demikian desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata kegiatan buruk itu adalah perkara yang sangat serius kerana ia menimbulkan ancaman ekonomi dan keselamatan kepada negara.
Beliau berkata pembabitan ahli politik dalam kegiatan itu adalah suatu yang mengecewakan.
“Kami ingin memuji SPRM kerana mengambil tindakan segera untuk mula menyiasat pihak yang (berpotensi) bersalah.
“Adalah menjadi harapan kami agar SPRM terus memandang serius perkara ini dan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Siasatan harus diselesaikan secepat mungkin, dan ahli politik yang terlibat dalam kes didakwa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Pada 15 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan perjudian dalam talian haram di negara ini dinaungi pemimpin politik.
Katanya, ia menjadi kekangan terbesar kepada Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan kerajaan untuk membanteras jenayah berkenaan.
Susulan itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan tersebut mendapati lebih daripada seorang ahli politik terbabit dalam perkara tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti ahli politik atau parti disertai suspek berkenaan kerana siasatan masih berjalan.
Dalam perkembangan lain, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA menyeru semua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk menghapuskan lesen judi sebagaimana dilakukan Kerajaan Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Dr MAZA berkata ini kerana isu judi bukan isu khilaf fekah, ia jelas haram di sisi agama Islam dan amat jelas keburukannya kepada rakyat tanpa mengira latar agama dan bangsa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Bahagian Pendidikan CAP
You must be logged in to post a comment Login