Arab Saudi menolak sebarang usaha memaksa pemindahan keluar rakyat Palestin dan menyeru semua negara untuk menghentikan pengeksportan senjata ke Israel, kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Suruhanjaya Eropah memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti terhadap dakwaan sesetengah pihak kononnya pejuang Hamas menyalahgunakan dana bantuannya yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
Ahli-ahli parti ekstremis haluan kanan Israel, Otzma Yehudit menengking ahli keluarga tebusan Hamas atas perbalahan berkaitan undang-undang rejim Israel yang bakal mengenakan hukuman mati ke atas...
Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.
Perancis bersiap sedia untuk menghantar kapal pengangkut helikopter Dixmude ke timur Mediterranean untuk menawarkan bantuan perubatan di Gaza, kata pejabat presiden Perancis, pada Ahad.
Siasatan berterusan sedang dijalankan di Universiti Stanford ke atas beberapa insiden jenayah kebencian yang berlaku sejak bermula konflik Palestin-Israel.
Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta...
Kereta kebal Israel mengepung Hospital Indonesia di Gaza, selepas serangan berterusan sejak awal hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.
Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini.