Connect with us

Antarabangsa

Tiada bukti Hamas guna dana bantuan biayai peperangan – Suruhanjaya Eropah

Suruhanjaya Eropah memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti terhadap dakwaan sesetengah pihak kononnya pejuang Hamas menyalahgunakan dana bantuannya yang disalurkan kepada rakyat Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada bukti Hamas guna dana bantuan biayai peperangan – Suruhanjaya Eropah
Foto: Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovkis (kiri).
  • Suruhanjaya Eropah maklumkan pihaknya tidak temui bukti dakwaan pejuang Hamas salah guna dana bantuannya yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
  • Jelas Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovkis, dakwaan palsu itu dicetuskan untuk ganggu proses penyaluran dana kepada rakyat Palestin sekali gus jejaskan operasi penghantaran bantuan segera ke Gaza.
  • Sebelum ini, penyaluran dana bantuan kemanusiaan oleh Suruhanjaya Eropah ditangguh selepas presidennya, Ursula von der Leyen mendesak semakan kembali langkah diambil blok terbabit susulan dakwaan daripada pihak tertentu bahawa pejuang Hamas menggunakan dana bantuan untuk biayai peperangan.

STRASBOURG: Suruhanjaya Eropah memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang bukti terhadap dakwaan sesetengah pihak kononnya pejuang Hamas menyalahgunakan dana bantuannya yang disalurkan kepada rakyat Palestin.

Jelas Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovkis, dakwaan palsu itu dicetuskan bertujuan untuk mengganggu proses penyaluran dana kepada rakyat Palestin sekali gus menjejaskan operasi penghantaran bantuan dengan segera ke Gaza.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Eropah akan kembali meneruskan penyaluran dana bantuan khas serta-merta kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNRWA.

Sebelum ini, penyaluran dana bantuan kemanusiaan oleh Suruhanjaya Eropah ditangguh selepas presidennya, Ursula von der Leyen mendesak semakan kembali langkah diambil blok terbabit susulan dakwaan daripada pihak tertentu bahawa pejuang Hamas menggunakan dana bantuan untuk biayai peperangan.

Sumber: Buletin tv3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending