Antarabangsa
12 Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui Tentang Influencer TikTok, Khaby Lame (Pssst, Dia Hafal Quran)
Sebut sahaja nama Khaby Lame, pasti ramai yang mengenali jejaka yang terkenal dengan video reaksi kelakarnya di TikTok.

Sebut sahaja nama Khaby Lame, pasti ramai yang mengenali jejaka yang terkenal dengan video reaksi kelakarnya di TikTok. Selain itu, tidak banyak yang diketahui tentang beliau dan ini adalah 12 fakta menarik tentang Khaby Lame.
1. Nama sebenar Khaby Lame adalah Khabane Lame (disebut Kaban Lam dalam Bahasa Perancis)
2. Seringkali namanya disebut sebagai Kabi Lem atau Kabai Lem tetapi sebutan yang betul adalah Khabi La-mei
3. Beliau dilahirkan di Ziguinchor, Casamance, Senegal pada 9 March 2000.
4. Ketika berusia satu tahun, keluarga Khaby telah berhijrah ke Chivasso, Itali.
5. Khaby menghidap penyakit Dyslexia iaitu kesukaran membaca, mengira dan menulis.
6. Ibu Bapa Khaby menghantar beliau untuk menghafal Al-Quran di Dakar, Senegal pada usia 14 tahun. Ya, Khaby adalah Al-Hafiz Khaby Lame.
7. Beliau bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Turin, Itali sebelum diberhentikan pada March 2020 akibat pandemik COVID19.
8. Ayahnya menyuruh Khaby untuk mencari kerja tetapi Khaby mempunyai idea yang lain, bermain TikTok.
9. Menjadi individu yang diikuti paling ramai di TikTok pada 22 Jun 2022 mengatasi Charlie D’Amelio dengan 142.1 juta pengikut!
10. Telah bertunang dengan seorang gadis bernama Zaira Nucci pada Oktober 2020.
11. Pada 24 Jun 2022, wakil kerajaan Itali mengumumkan pengurniaan kerakyatan Itali kepada Khaby Lame.
12. Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama Hugo Boss pada Januari 2022 bagi kempen #BeYourOwnBos
Antarabangsa
Israel makin agresif tangkap rakyat Palestin menjelang Ramadan
Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.

- Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.
- Tindakan IDF itu berlaku beberapa jam selepas berakhirnya pertemuan Sharm El-Sheikh antara pegawai Israel dan Palestin, yang dipantau Mesir serta dihadiri Jordan dan AS.
- Awal pagi Isnin, IDF menyerbu beberapa bandar dan kampung di wilayah Jenin, selain mempergiatkan keganasan mereka di sekitar Nablus, di utara Tebing Barat.
- Polis Israel turut menahan beberapa aktivis Palestin di Baitulmaqdis Timur – beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan.
- Jurucakap ahli politik Israel, Elisha Yared menggesa supaya bandar Huwara di Palestin dihapuskan.
RAMALLAH, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.
Tindakan IDF itu berlaku beberapa jam selepas berakhirnya pertemuan Sharm El-Sheikh antara pegawai Israel dan Palestin, yang dipantau Mesir serta dihadiri Jordan dan Amerika Syarikat (AS).
Awal pagi Isnin, IDF menyerbu beberapa bandar dan kampung di wilayah Jenin, selain mempergiatkan keganasan mereka di sekitar Nablus, di utara Tebing Barat.
Polis Israel turut menahan beberapa aktivis Palestin di Baitulmaqdis Timur – beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan.
Datuk Bandar Huwara, Muin Al-Dumaidi memaklumkan, tentera Israel dikerah secara besar-besaran di dalam bandar bagi menghalang pemilik kedai membuka perniagaan mereka.
“Penutupan bandar itu akan memusnahkan ekonomi Huwara dan memindahkan peniaga di sepanjang jalan utama menjelang Ramadan, kerana perdagangan membentuk fokus utama penduduk bandar itu,” kata Muin.
Beliau berkata, penutupan itu bertujuan memudahkan pergerakan penceroboh Israel yang melalui bandar berkenaan supaya tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas.
“Pemilik kedai terus menghubungi saya, bertanya bila mereka boleh dibenarkan membuka semula (kedai), namun saya tiada jawapan,” katanya.
Pada 26 Februari lalu, penceroboh Israel membakar lebih 40 rumah dan lebih 50 kenderaan di bandar itu.
Jurucakap ahli politik Israel, Elisha Yared menggesa supaya bandar Huwara di Palestin dihapuskan.
Sementara itu, penceroboh Israel terus menyerang penduduk Palestin di bahagian berlainan di Tebing Barat – seperti Jericho, Ramallah dan Nablus -. Agensi
Sumber: Ismaweb
-
Terkini1 day ago
Isu gereja: Wakil rakyat muslim tidak wajar dedah umat Islam kepada perkara yang dijauhi Rasullullah SAW
-
Terkini2 days ago
Indira Gandhi mohon batal undang-undang tukar agama sepihak 8 negeri
-
Antarabangsa22 hours ago
Polis India biarkan masjid dan orang Islam diserang pelampau Hindutva
-
Terkini2 days ago
Tun M perlu guna pengaruh bantu negara, bukan mainkan sentimen perkauman – Anthony Loke