Connect with us

Antarabangsa

Erdogan hadir konsert Yusuf Islam, terima hadiah gitar

Penyanyi kelahiran Britain, Yusuf Islam menghadiahkan gitar miliknya kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Wartawan TMT

Published

on

Erdogan hadir konsert Yusuf Islam, terima hadiah gitar
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memegang gitar yang dihadiahkan oleh Yusuf Islam.
  • Penyanyi terkenal Britain, Yusuf Islam mengadakan konsert di Kompleks Presiden Ankara, Turkiye.
  • Presiden Recep Tayyip Erdogan yang hadir ke konsert itu, menerima hadiah gitar dari penyanyi itu.
  • Merupakan konsert pertama penyanyi itu di Turki dalam usahanya memenuhi janji kepada peminat di negara itu.
  • Yusuf Islam yang tampil membuat persembahan buat pertama kali di negara itu merupakan salah seorang penyanyi di Festival Beyoğlu Culture Road Istanbul.

Penyanyi kelahiran Britain, Yusuf Islam menghadiahkan gitar miliknya kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Memetik laporan TRTWorld, pemuzik terkenal yang dahulu dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978 dilihat menyerahkan gitar ketika Presiden Erdogan menghadiri konsertnya di Kompleks Presiden di Ankara, baru-baru ini.

Menurut Yusuf, dia pernah berjanji datang ke Turkiye untuk membuat persembahan istimewa di sana.

“Saya berkata, saya akan…suatu hari nanti datang ke Turkiye. Jadi saya mahu memenuhi janji itu. Dan sekarang selepas konsert pertama saya, saya berasa sangat, sangat, sangat lega dan sangat santai,” katanya kepada Agensi Anadolu.

Yusuf Islam yang tampil membuat persembahan buat pertama kali di negara itu merupakan salah seorang penyanyi di Festival Beyoğlu Culture Road Istanbul.

Dalam pada itu, wanita pertama Turkiye, Emine Erdogan menulis di Twitter beliau berbesar hati menjadi tuan rumah kepada persembahan pemuzik terkenal dunia, Yusuf Islam dan keluarganya yang turut datang ke Turkiye.

“Beliau menyentuh hati kami dengan karya seninya yang dicerminkan melalui bahasa muzik universal,” kata Emine Erdoğan di Twitter.

Advertisement

Dalam ciapan di Twitter, beliau turut berkongsi foto dimana suaminya memegang gitar milik Yusof Islam.

Yusuf Islam terkenal dengan karya hit antaranya Father and Son, Morning Has Broken, Moonshadow, Peace Train dan banyak lagi.

Di puncak populariti, Yusuf Islam yang dahulu dikenali sebagai Cat Steves memeluk agama Islam pada 1977. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Islam.

Yusuf kembali ke persada muzik pop pada 2006 dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop berjudul An Other Cup.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending