Connect with us

Antarabangsa

Piala Dunia 2022: Akhbar Perancis ejek pasukan Qatar dengan karikatur anti-Islam

Sebuah lukisan kartun Perancis menimbulkan kemarahan di media sosial kerana gambaran “perkauman dan anti-Islam” terhadap pasukan bola sepak kebangsaan Qatar menjelang Piala Dunia 2022 di Doha bermula akhir bulan ini, demikian lapor Middle East Eye.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Piala Dunia 2022: Akhbar Perancis ejek pasukan Qatar dengan karikatur anti-Islam
  • Akhbar Perancis, Le Canard Enchaîné menerbitkan lukisan kartun berunsur anti-Islam terhadap pasukan bola sepak kebangsaan Qatar.
  • Lukisan kartun itu dikritik ramai pihak termasuk pemimpin Qatar yang menyifatkan lukisan itu sebagai tindakan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan sebenar.
  • Ini bukan pertama kali pertama akhbar itu menyiarkan kandungan berunsur anti-Islam seperti ini.

Sebuah lukisan kartun Perancis menimbulkan kemarahan di media sosial kerana gambaran “perkauman dan anti-Islam” terhadap pasukan bola sepak kebangsaan Qatar menjelang Piala Dunia 2022 di Doha bermula akhir bulan ini, demikian lapor Middle East Eye.

Diterbitkan bulan lalu oleh akhbar Perancis, Le Canard Enchaîné, karikatur itu menggunakan gambaran stereotaip lelaki Arab berjanggut panjang, bengis, bertopeng dan membawa senjata seperti parang, senapang dan pelancar roket. 

Seorang pemain dengan jersi nombor 10 pula dilukis memakai jaket pengebom berani mati.

Antara mereka yang mengkritik kartun itu ialah Menteri Qatar dan Presiden Perpustakaan Negara Qatar, Hamad al-Kawari yang menggesa akhbar itu untuk sekurang-kurangnya menunjukkan semangat kesukanan.

“Sindiran yang kasar pun dialu-alukan! Tetapi Le Canard Enchaîné memutuskan untuk menggunakan pembohongan dan kebencian menyerang Qatar dan memburukkannya,” kata al-Kawari.

Akhbar itu pernah dikritik kerana kandungan berunsur anti-Islam beberapa kali sebelum ini dan yang terburuk ialah ejekan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan kaedah hampir sama.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *