Antarabangsa
Macron ingatkan Trump jangan jejaskan ekonomi EU dengan tarif

- Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan Presiden AS, Donald Trump tidak seharusnya menjejaskan ekonomi Kesatuan Eropah (EU) dengan ancaman tarif kerana ia bukan untuk kepentingan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.
- “Eropah adalah sekutu anda. Jika anda mahu Eropah lebih banyak melabur dalam keselamatan dan pertahanan, jika anda mahu Eropah berkembang – yang saya percaya adalah kepentingan AS – anda tidak sepatutnya menjejaskan ekonomi Eropah dengan ancaman tarif,” kata Macron dalam temu bual bersama CNN.
MOSCOW — Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak seharusnya sabotaj ekonomi Kesatuan Eropah (EU) dengan ancaman tarif kerana ia bukan untuk kepentingan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Eropah adalah sekutu anda. Jika anda mahu Eropah lebih banyak melabur dalam keselamatan dan pertahanan, jika anda mahu Eropah berkembang – yang saya percaya adalah kepentingan AS – anda tidak sepatutnya menjejaskan ekonomi Eropah dengan ancaman tarif,” kata Macron dalam temu bual bersama CNN.
Beliau berkata pelaksanaan tarif ke atas EU akan menyebabkan inflasi dan kenaikan harga di AS.
Trump sebelum ini berkata bahawa beliau akan mengenakan tarif import ke atas barangan dari EU kerana Brussels bertindak tidak adil terhadap Washington.
Jurucakap Suruhanjaya Eropah pada 2 Feb pula memberitahu Sputnik/RIA Novosti bahawa EU belum menerima maklumat mengenai sebarang tarif tambahan daripada AS, namun bersedia untuk “bertindak balas secara tegas” sekiranya langkah itu dilaksanakan. — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI — The Merdeka Times
