Connect with us

Antarabangsa

Macron gesa Eropah tegas pendirian menentang Israel jika krisis kemanusiaan di Gaza tidak ditangani

Published

on

Foto: Presiden Perancis, Emmanuel Macron
  • Presiden Perancis itu semakin lantang mengkritik dasar-dasar Israel di Gaza yang disifatkannya sebagai memalukan khususnya selepas sekatan penuh bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.
  • Macron turut menyatakan bahawa pengiktirafan terhadap sebuah negara Palestin bukan sahaja merupakan tanggungjawab moral, tetapi juga keperluan politik yang penting.
  • Sebagai reaksi balas, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh Macron menyebelahi Hamas dan mengulangi tuduhan palsu yang kononnya memfitnah negara Yahudi itu.

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa negara-negara Eropah supaya memperkukuh pendirian kolektif menentang Israel sekiranya rejim itu gagal menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

Kenyataan Macron itu hadir di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Israel, susulan kebuluran yang semakin parah di wilayah Palestin tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tindakan segera perlu diambil dalam beberapa jam dan hari akan datang.

Macron turut menyatakan bahawa pengiktirafan terhadap sebuah negara Palestin dengan syarat-syarat tertentu bukan sahaja merupakan tanggungjawab moral, tetapi juga keperluan politik yang penting.

Presiden Perancis itu semakin lantang mengkritik dasar-dasar Israel di Gaza yang disifatkannya sebagai memalukan khususnya selepas sekatan penuh bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut  yang hanya baru-baru ini dilonggarkan secara separa.

Sebagai reaksi balas, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh Macron menyebelahi Hamas dan mengulangi tuduhan palsu yang kononnya memfitnah negara Yahudi itu.

Gesaan Macron dijangka menghangatkan lagi perdebatan di peringkat Eropah mengenai peranan benua itu dalam menangani konflik Gaza, dan bagaimana pendirian lebih tegas dapat mempengaruhi tindak balas Israel terhadap bencana kemanusiaan yang semakin teruk. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author